Assalamualaikum...
Bukit Gambang Water Park (BGWP) dibina di perbukitan semulajadi seluas 46 ekar. Ia dianugerahkan sebagai 'Best Large Water Park' pada tahun 2011 oleh Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA)
Ini tentunya kerana keunikan BGWP yang mempunyai kombinasi unik gelongsor air dan kemudahan yang kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia. Okey, baca list di bawah yang membuat Sk kagum yang amat..
Longest family raft ride.. wow!
Longest 6 lanes racer.. woww!
Largest wave pool capable of generating 8 modes of wave patterns... wowww!
Children centric Penguin Island where it has the first aqua play structure in Malaysia... wowwww!
Turbulent lazy river.. wowwwww!
& e-value / cashless system... wowwwww!
Tu diaaa.. semua terrrr ada di BGWP
terrrrtinggi
terrrrpanjang
terrrrlebar
dan anda pastinya terrrugi jika tidak ke BGWP ini.
Jika anda menginap di BGRC, anda hanya perlu mengambil tram dari stesen tram di lobi hotel namun jika anda memilih untuk membawa kenderaan sendiri, BGWP menyediakan kawasan parker yang luas untuk anda meletakkan kenderaan.
Tiket boleh dibeli di kaunter atau secara online dengan harga hanya RM33 (dewasa) dan RM23 (kanak-kanak dan warga emas). Seperti kebanyakan konsep di mana-mana taman tema air, anda akan diberikan wrist band namun BGWP ini adalah yang pertama di Malaysia membolehkan wrist band tersebut mempunyai e-value dengan anda hanya perlu memasukkan nilai tunai pada barcode tersebut di kaunter e-value.
Dengan itu, semua barangan tunai atau berharga bolehlah disimpan terus ke dalam locker yang disediakan dan anda hanya perlu scan barcode pada wrist band jika ingin berbelanja di dalam BGWP. Tak perlu risau nak bawa duit dan jika masih ada baki anda boleh refund semula di kaunter e-value.
Okey, dah siap pakai wrist band semua barulah boleh masuk ke Water Park.. Yey!!
Kredit gambar - Sis Lin |
Kalau kita nak sewa segala kemudahan yang ada di BGWP, di sinilah tempatnya.
Setiap sewaan dikenakan deposit dan deposit akan dikembalikan apabila barangan sewa dipulangkan dalam keadaan yang baik.
Hanya pakaian yang dibenarkan sahaja boleh berada di dalam kawasan water park ya..
jangan balik dari pengantin singgah sini masuk dalam air pakai peplum atau kebaya pulak, karang ingatkan ikan duyung terlepas, dah kena hantar kat safari, hehehe.
Wave Pool & Lagoon
Kawasan pantai buatan dengan kapasiti yang besar untuk pengunjung BGWP ni. Yang paling best ia turut dijanakan dengan lapan jenis gelombang yang berubah pada masa-masa tertentu. Kalau anda ke sini dan tetiba terdengar siren berbunyi, haaa.. cepat-cepatlah lari ke sini merasa tubuh dihempas gelombang.
Paling best sekali tentulah Tsunami Wave tapi taklah sampai tsunami.
Kalau tsunami betul-betul Sk yang lari dulu.
Di sini juga ada disediakan kiosk dan kemudahan bangku dan meja untuk pengunjung namun diingatkan bahawa makanan dan minuman dari luar langsung tidak dibenarkan ya.
Penat main air, kita main bola tampar!
Penguin Island
Kalau lapar-lapar tu bolehlah singgah ke sini.
Kids Slide untuk kanak-kanak.
Yang ini ada had ketinggian.
Kids Splash Pool.. sesuai untuk anak-anak bawah 5 tahun.
Aqua Play.. Jangan kata Budak, mak budak pun sukaaaaaaaaaa!!
Journey Of Ice - Glacier River
Yang ada masanya tenang ada masanya bergelora.
Biarkan diri dihanyutkan arus sungai sambil bersantai
Stay Cool & Relax di Cabana yang disediakan.
Cabana ini boleh disewa dengan harga antara RM18 hingga RM48.
Wow.. ada pizza.. lapar pulak.. hahaha.
Nampak tak nikmatnya makan bila dalam keadaan basah dan lapar.
Abang-abang sado kita nak ke mana tu?
Kredit gambar - Google Image |
6 Lanes Racer.. terpanjang dan tertinggi di Malaysia.
Jom lumba siapa sampai dulu!
Kredit gambar - Google Image
|
Family Raft Ride terpanjang di Malaysia.
Jika nak buat function pun ada tapak disediakan.
Jangan lupa dapatkan cenderahati di BGWP Gift Shop untuk dibawa pulang.
Selain itu, turut disediakan surau untuk kemudahan bersolat serta bilik air untuk mandi.
Bukit Gambang Water Park
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi :
Isnin, Rabu dan Khamis - 11 pagi hingga 6 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum/Sekolah - 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Tutup Setiap Selasa (kecuali cuti sekolah/umum)
Harga Tiket Masuk :
Dewasa RM33
Kanak-kanak & Warga Emas RM23
Tiket Kombo (Water Park & Safari) - RM88 (Dewasa)
RM58 (Kanak-kanak & Warga Emas)
Untuk pertanyaan hubungi waterpark@bgrc.com.my
Hotline : 016 9884768
macam macam gaya kau ye iman..hahaha
ReplyDeleteOoooo Zirafah tu ye Iman nak beli..alaaa siannyaaaa
ReplyDeleteHahaa, untung ada Iman jadik model......
ReplyDelete