BERIANI BONDA HOUSE.. IBARAT MENIKMATI AIR TANGAN IBU DI RUMAH SENDIRI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 

BERIANI dan Johor amat sinonim.
Orang kata,  tidak sah ke Johor jika anda tidak menikmati kelazatan nasi berianinya. 

Pernah seorang kawan memberitahu,  ketika ditemuduga untuk satu jawatan,  dia ditanya soalan begini.. "Kalau saya datang tempat awak,  apa keunikan di tempat awak yang awak boleh kenalkan kepada saya?"
Kawan Sk masa tu puas jugaklah mengingatkan tempat-tempat menarik tapi tak sangka pulak rupanya jawapannya beriani.. Hihihi. 

Kali ini Sk ingin membawa anda ke Beriani Bonda House yang terletak di Bandar Baru Uda,  JB.  Ya,  kalau anda ke Johor Bahru,  anda akan temui banyak sekali kedai atau restoran yang menjual nasi beriani. Tapi, uniknya Beriani Bonda House ini,  seperti anda menikmati air tangan ibu di rumah sendiri bukan sahaja kerana kelazatan nasi berianinya tetapi juga rekaan hiasan dalaman kedai dan bagaimana ia disajikan di hadapan anda. 


Siapa yang tidak suka jika dilayan seperti raja ketika bersantap. Sk terkesima sebaik meletakkan punggung di kerusi melihat meja yang siap beralas.   Beriani Bonda memilih warna hijau bagi membangkitkan selera di samping warna alam. 


Redup aje suasana sementara menanti pesanan disajikan. 


Pilihan Sk tentunya Beriani Kambing.
Keistimewaan teknik memasak Beriani Kambing tanpa direbus dan diperap bersama rempah ratus asli dan madu. 


Beriani Bonda menggunakan beras basmathi extra panjang yang berkualiti tinggi dan sangat lembut.  Ianya ditumis bersama lebih 12 rempah ratus asli.

Satu perkara yang Sk suka di sini sebab berianinya dihidang bersama Acar Bonda yang rangup dan bukannya pencuk. 


Beriani Bonda sungguh legend ya kerana ianya dikenali sejak tahun 1969 dan amat terkenal di Kampung Pasir. 


Jangan lupa pesan segelas Bandung Soda,  ini baru Joho! 


Hihi.. Maaf..  Ayam Masak Merah dah tinggal tulang lupa nak ambil gambar..  Hahaha. Kalau nak tahu keenakkannya kena datang sini dan rasai sendiri,  hehe. 

Tips untuk pemburu Nasi Beriani :
Beras Basmathi yang berkualiti tinggi adalah panjang dan halus kerana ianya lebih enak dimakan.
 Beras basmathi yang bulat dan panjang pula kurang meresap bahan yang dimasak. 
Rempah ratus juga amat penting bagi masakan beriani,  rempah yang berkualiti menghasilkan beriani yang terbaik. 
Harga rempah beriani asli boleh mencecah RM80 sekilo di pasaran tau. 
Uniknya Beriani Bonda House membuat dan memproses sendiri rempahnya sejak tahun 1969.

Jom ke Beriani Bonda House dan dapatkan diskaun 10% sehingga 24 Ogos 2018 ini. 
Selain beriani,  BBH juga menyediakan Nasi Tomato dan Laksa Johor. 

Beriani Bonda House
No 29, Jalan Padi Emas 3/1,
Bandar Baru Uda,  JB

Waktu Operasi : Setiap hari 9.00 pagi - 6.00 petang
Tutup - Setiap hari Rabu

Facebook Page : www.facebook.com/berianibonda
Instagram : www.instagram.com/berianibonda
No telefon : 016 2452739 / 012 7933310 / 017 709 8186 / 017 7817225

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aikk dekat uda ehk..hahhahhaa..okayy nak kena rasaa ni..hehhee..

    ReplyDelete
  2. Berani sungguh Mak Inche tayang yer hahahaha
    Nak kena cuba ni tapiii alamak lupa, i diet nasi hahahahaha

    ReplyDelete
  3. buat org jeles jeewww..dahlaa jauh kat KL...takpe mu tunggu aku dtg

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!