MASAK TERUNG SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum... 

MASIH ingat lagi tak projek tanam TERUNG NUTRIPOT yang pernah Sk ceritakan dulu? Haaaa..  Ini batch terakhir buahnya dan pokok-pokok tu pun dah wassalam.  Rupanya begitulah kitaran hidup pokok terung..  Dan tak ada siapa yang nak tolong tanam balik,  huwa huwa huwa. 

Disebabkan tiada siapa sudi ambil terung ni maka Sk la yang ambil semua bawa balik dan masak Sambal Terung.  Terung tu Sk panggang dulu sebelum dimasak sambal. 


Sambal Terung

Terung dibelah dua dan dipanggang atas grill pan

Sambal

Bawang Merah dikisar
Cili Kering dikisar
Sos Tiram secukupnya
Gula
Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
Masukkan sos tiram
Tumis lagi hingga sebati, tambahkan gula.
Tak perlu garam sebab sos tiram dah masin.

Bila sambal dah sebati, masukkan terung, gaul sebentar.

Siappppp!
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!