Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, Sabtu lepas, Sk sekeluarga dapat menyantuni Jemputan Walimah dari Blogger Kak Nor Hayati Ramlan, juga dikenali sebagai Ratu Talam, sempena Majlis Perkahwinan puteri beliau, Seri Irdina dan pasangannya Daniel Haziq yang berlangsung di Dewan Tarmidzi, Masjid Taman Sri Pulai. Walaupun Kak Yatie kini tidak lagi aktif menulis di blog, namun hubungan kami masih akrab sebagai rakan muka buku dan memang begitulah pada mulanya perkenalan kami. Suami Kak Yatie dulu, antara bos dalam jabatan Sk sebelum beliau melanjutkan pengajian di USA dan kini bergelar Prof Madya. Semasa mereka di USA la Sk berkenalan dengan Kak Yatie melalui facebook dan sama-sama membuka akaun blogger. Kak Yatie pulak menyinar dengan blog beliau Sinar Kehidupanku yang banyak berkongsi resipi kuih-muih dan masakan. Blog Kak Yatie masih boleh diikuti DI SINI.
Jarang-jarang ya kami dapat bergambar dengan pengantin. Kebetulan masa ni nak balik dan pengantin pulak sedang berada di laluan keluar dewan, marilah kita merakamkan gambar buat kenang-kenangan. Tahniah, Dina dan Daniel, telah berjaya melangkah ke alam baharu menjadi suami isteri. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Doa Untuk Pengantin Baru
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).
Nasi Beriani
Kek Marble
Kami sampai tu dah pukul 2 dan ramai tetamu dah mula berangkat pulang. Disebabkan suasana pun dah tenang-tenang, selepas makan Nasi Beriani, Sk makan Laksa Johor pulak, kemudian sambung makan kuih-muih. Best jugak la datang time-time macam ni, tapi ni cuma boleh buat kalau lokasi kenduri dekat dengan rumah. Sedap Laksa Johor ni, pakkal jer dah kenyang kalau tak mahu bertambah lagi semangkuk, hehehe.









Special ni ada laksa Johor. Tambah special dapat buah tangan telur pindang dan telur masin.
ReplyDeleteTauhu cedok tu tafufah kan?
. Selamat pengantin baru buat Dina dan Daniel, semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah seronok tengok SK dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama dan ex-bos. Hubungan sesama blogger ni memang istimewa betul, walaupun dah jarang aktif tapi silaturahim tetap kuat kan....
ReplyDeleteCantiiiik dan tampan kedua pengantinnya kak 👍👍.
ReplyDeleteMakanan pun meriah dan kliatan sedap2. Laksa Johor tuh apalagi, memang makin penasaran saya nak coba 😄.
Kalau tahu cedok, di sini sebutannya kembang tahu. Saya pun sukaaaa. Apalagi kalau dimakan saat udara dingin, Krn gula merahnya ada tambahan ginger, jadi hangat
Seronok tengok pengantin...vibesnya lain macam. nampaknya awak ada circle bos-bos tu. Power.
ReplyDeleteMacam2 makanan ada sampai laksa dgn taufu fa pun ada.. nasi beryani di Johor mmg sedapp huhu..
ReplyDelete