Assalamualaikum...
KALI kedua masak Nasi Lemak untuk tahun 2021. Dulu, hampir setiap minggu kena masak nasi lemak. Puncanya dulu, kan selalu JJCM, lepas tu kalau tak puas hati dengan nasi lemak yang dimakan semasa JJCM tu, maka haruslah balik rumah kena masak nasi lemak untuk mengubat hati. Nampak tak, masa JJCM pun nak cari nasi lemak jugak, hahaha.
Puncanya terjadi nasi lemak ni sebab Iman tersalah rendam defrost udang. Sk cuma cakap dengan dia rendam udang, tak cakap yang mana satu. Bila tengok udang tu, terus terasa sedapnya kalau buat nasi lemak terus, hihi. Oh, ya.. siapa masak nasi lemak letak halba kita geng!
Selalu malas nak kopek sebelum masak, kali ni kopek siap-siap, baru sedap makan sambil terus suap udang togel, hahaha. Tapi kan, masa nak masak tu baru sedar, stok cili dan bawang kisar dan tinggal sikit. Nampak pulak lebihan cili hidup masa Pak Inche buat Ikan Pari Bakar tu, Sk guna jer cili tu, memang lain la rasanya tak sama dengan rasa sambal tumis biasa tu, nasib masih sedap dan Pak Inche tak pulak komplen. Tapi... Iman tahu tau, sambal tumis bonda rasa pelik dia kata, tak macam selalu, hahaha.
Telur dadar tu yang paling susah nak buat. Asyik tebal je :)
ReplyDeleterajin nya kak potong telur dadar kecil2...
ReplyDeletesaya hidang je terus bulat2 angkat dari kuali hahaha
Tak cukup korum pun dah meriah tu SK. Paling best ada rendang ayam. Minta maaf, udang sila ketepi haha
ReplyDeleteTak cukup pun, tetap meriah lauk sampingan nasik lemak tu... Nasi lemak special jadinya ni...
ReplyDeletecomel pulak telur dadar potong segiempat2 macam tu ekkk
ReplyDeleteme kalau , nasi lemak dgn ikan bilis goreng tu saja... dah cukup :)
ReplyDeleteKira dah meriahlah korumnya
ReplyDeleteKalau dah meriah macam tu, tak perlu cukup syarat pun sedap dah
ReplyDeleteKemainn pinggan dia, makan tak cukup korum pun boleh kenyang ni Kak hehehe
ReplyDelete