Assalamualaikum...
TADI babah tak ambil (sebut - ambik) hati pulak?
Haaaa.. kenapa babah nak ambik hati?
Ambik hati la.. hati...
Oh, ambik hati.. oo.. ingatkan babah nak terasa hati, kenapa pulak.. hehe
Iman.. ambik hati tu maknanya mengampu... Terasa hati tu maknanya merajuk..
Oh, okay
Faham?
Faham... faham...
Inilah dialog Sk dan Iman lepas makan malam dan sesi pillow talk malam ni, hihi. Merujuk pada tajuk, malam ni kami cuma tapau Nasi Lemak Kayu Keramat untuk dinner. Mental dan fizikal dah tepu nak memasak jadi Sk mengajak Pak Inche menapau Nasi Lemak Bos Sk.
Selalunya Pak Inche akan memilih hati dan pedal ayam sebagai lauk, tapi kali ni dia pilih rendang ayam dan sambal kerang serta telur rebus. Balik rumah, Sk tambahkan pulak telur lenggang aka telur dadar. Inilah yang diborakkan tadi, selalu babah ambik hati, tapi malam ni ambik rendang, hehe.
Sebab esok baru dibenarkan makan lebih dua orang satu meja, kami memilih untuk tapau. Tapi.. semasa lalu di kedai-kedai makan sekitar Taman U tadi, dah ramai yang duduk makan bertiga dan berempat pun. Untuk Iman, Sk tapaukan Nasi Lemak Ayam Goreng, telur tu, Sk tambah di rumah, hehe.
Sk sendiri, cuma pilih Nasi Lemak Sambal Kerang. Di rumah, Sk tambah telur mata kobau. Sengaja biar kuning telur masih cair lagi semasa diangkat tapi bila diletakkan atas timbunan nasi tu, telur tu melorot jatuh lalu terlipat dua.. kecewa terukkkk.. hahahah.
Nampaknya mood masak untuk esok pun macam belum mari.. tapi esok dah boleh keluar bertiga.. kui kui
Nasi lemak ni saya tgk sambal...
ReplyDeletekadang org suka sambal kuah cair..
saya suka sambal tumis klu bole haha..
tengok pun dah lapar..haihhh
ReplyDeleteKenapa saya tengok nasi tu ketika pukul 12.29 pagi ni.. Siksa mata nak lelap terkenang haruman nasi lemak tu..
ReplyDeleteIman... Bila boleh balik Poli?
Bagus tau akak sekeluarga, takde idea masak, ada je idea menu nak beli, hari-hari menu lain.. kalau kat rumah ni, takde idea, ehhh ke dapo juga masak hahahahah walau goreng telur..nyampah..
ReplyDeletecara dia goreng telur tu, terliur tgk
ReplyDeletemeriahnya lauk tu. pasti abis licin!
ReplyDeleteNext time tlg tapau utk PH sekali SK. Sedap betul nampak nasi lemak tu.
ReplyDeleteSA skrg craving nasi lemak sambal kerang plak...aduhai...macam- macam hal tekak ni
ReplyDeleteAre you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete