DAGING BAKAR AIR ASAM DAN CENCARU BAKAR CICAH KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SETELAH beberapa hari kerjanya asyik tapau makanan untuk makan malam, akhirnya malam tadi datang jugak mambang rajin untuk memasak 🧑‍🍳 Sebabnya kesian tengok ikan cencaru yang tak laku-laku.. yang rasanya dibeli dari pasar kecil tepi Sungai Pontian. Kalau dah beli di luar daerah Johor Bahru tu maknanya dah beli sebelum pkp lagi. Pkp pun dah masuk hari ke 29 fasa ketiga (kot).

Pagi-pagi Sk dah rendam ikan berjaket tebal ni sebab dah lama sangat beku dalam freezer. Lepas makan tengahari tu rasa macam, boleh ke dorang ni makan ikan caru bakar semata, jadi.. Sk rendam pulak sebekas daging. Adalah variasi daging dan ikan. Kalau daging bakar memang dua beranak ni suka bebeno, nak nak pulak bila dicecah dengan air asam.


Daging Bakar Air Asam. 
Daging Sk perap dengan rempah daging bakar dibeli masa balik kampung beberapa bulan lepas. Setiap kali balik kampung, wajib beli, tu tinggal botol terakhir la tu. Air asamnya kena buat banyak sebab Iman memang buat macam gulai 😆
Daging tu potong memanjang selebar seinci setengah. Sk guna pan grill jer. Bila daging dah masak, barulah potong nipis. 


Ikan Cencaru Bakar cicah Kicap.
Ni pun sama, panggang guna grill pan jugak. Panggang terus bulat-bulat, takde balut daun pisang ke.. aluminium foil ke.. ikut petua Sis Lin, kalau nak tahu ikan dah masak belum, tengok biji mata dia. Bertentang matalah kita dengan ikan tu, haha. Ibu Sk selalu cakap, biar putih tulang jangan putih mata. Tapi, bakar ikan ni kena tunggu sampai mata dia putih laaa.. maknanya dah cukup masak 🤩 Tenkiu Sis Lin kongsi petua bakar ikam tu 🥰

Bocor periuk nasi kita semalam awakkk 😜




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Besar caru tu, memang sedaplah bako.. kita pun harini nak masak Caru tapi buat sambal kerutup Caru..

    ReplyDelete
  2. Cencsru memang sedap dibakar atau goreng kunyit hidup + bawang putih...daging bakar tu..walla!!!!

    ReplyDelete
  3. Hahaha cop mmg kena tgk mata ikan ke? 😂 Pestime lak kita dengo...

    ReplyDelete
  4. Daging tuuuuuuu...
    Sedapnya..kalau gu nasi daging walla wei...

    ReplyDelete
  5. semalam ibah masak caru jugak tapi buat kari..haha

    ayaq asam tu menggoda betui no...

    ReplyDelete
  6. Buat-buat tutp mata ni sebab dua-dua kegemaran kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Kalau saya jumpa dua-dua ni, tolak dulu nasi ke tepi. Bismillah...jom ratah!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!