Assalamualaikum...
HARI ini sarapan roti canai yang Pak Inche beli dari Warung Buruk, Sabtu kelmarin. Padahal dia dah pun beli tiga keping tosei sebelumnya, sanggup lagi pulak beratur di Warung Buruk semata nak bungkus tiga keping roti canai kosong. Disebabkan dah kekenyangan makan tosei, roti canai berbaki dua keping Sk sumbat masuk peti sejuk. Iman pun makan tosei jer. Dulu-dulu iya, Iman kuat makan. Kalau ke mamak, boleh order dan habiskan sekeping tosei dan sekeping roti canai tapi sekarang tak lagi dah. Kalau dia kata kenyang, memang dia tak makan laaa.
Tosei dan kuih-muih sarapan pagi Sabtu. Macam mana mahu makan roti canai lagi 😆Toseinya besar dan tebal, sekeping pun dah burpp 😜 Jadi, pagi ni, Sk panaskan dan balun dua roti canai. Siapa lagi nak makan? Pak Inche pun dah pergi kerja. Bila suap ke mulut, memang tak hairanlah orang sanggup beratur panjang di Warung Buruk ni. Roti canainya lembut dan garing dengan kuah kari yang sedap melekat pada roti canai, hihi.
Siap sarapan, baru Sk buatkan Sandwich Telur untuk Iman. Inti telur tu baki sarapan yang Sk buat pagi semalam. Dah dua minggu berturut ni buat sandwich telur. Kalau sarapan yang macam ni, roti sebuku pun boleh habis dua hari. Kalau tak, sampai luput tarikh tak ada siapa yang sudi memandang 😂😂😂
Awat la namanya Warung Buruk..Lain kali kena boh Warung Kayangan..hihihihi
ReplyDeleteBest tu. Lama tak makan roti canai.
ReplyDeletecara beli rumah pertama
ReplyDeletecara membeli rumah pertama
rumah mampu milik melaka
Saya terpandang telur 1/2 masak tu...eehhh nak cari kicap jap! Nak selit makan kat situ.
ReplyDeleteDekat kawasan sini ada satu gerai jual kuih bakar yang dimasak secara tradisional.. Nama kedainya Kedai Mak Buruk.
ReplyDelete