Assalamualaikum...
ROTI Jala sekarang bukan lagi pingitan macam dulu. Roti jala kini telah diangkat menjadi warga kayangan.
Tengok dalam bekas pun dah tahu bukan Sk yang buat roti jala ni, hihihi. Ni Cik Ani yang buat, dia memang dah lama buat jualan roti jala ni, yang ini namanya Roti Jala Tiga Dara. Yang kuning dicicah bersama kuah kari, yang hijau bersama sos pandan dan yang coklat dicicah sos coklat. Ini makan malam kami hari Ahad kelmarin. Tengaharinya Sk masak Sambal Sotong dan Telur Bubuh Kicap tu.
Hari tu kan beli Mee Mamak kat Abu & Co, dua bungkus. Sebungkus Sk simpan dan Sk panaskan jer. Jadi, malam tu kami berkongsi makan mee ni, dengan roti jalanya lagi, Alhmdulillah, kenyang masing-masing. Roti jala pun berbaki lagi tu sekejap lagi nak panaskan untuk Iman. Yang karinya dah wassalam tinggal sos coklat dengan pandan.
Roti jala cicah kari jugaklah yang best. Kuah kari mesti pekat supaya melekat bila dicicah dengan roti jala. Sk kalau buat roti jala, lepas keluar dari kuali terus lipat tak pandai nak gulung. Dulu-dulu, roti jala yang digulung ni selalunya ada inti kari kentang kat dalam gulungan tu kan.
Roti Jala Tiga Dara. Pandai pulak la orang yang letak nama tu kan, sesuai betul. Rasanya Cik Ani join pjj nak buat roti jala ni semata nak belajar buat sos tu kot.
Makan malam hari ahad. Runner hantar roti jala ni awal juga ingatkan nak buat makan petang tapi Pak Inche kata, makan malam, bagus jugaklah. Pening dah fikir pasal makan ni, kalau dulu boleh jjcm kan, sekarang nangis tepi dapur fikir menu.
Tetiba teringat, kita ni dok fikir menu jer dah susah, apalagi orang yang terputus bekalan makanan, terputus duit, macam mana dorang nak fikir apa nak bagi anak-anak makan macam arwah abah dulu, bertahun sakit tak boleh kerja. Syukur masa tu makanan sentiasa ada atas meja.
Semoga pandemik ini segera berakhir dan kita akan dapat kembali hidup normal dan bebas macam dulu.. insyaAllah.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Roti jala warna warni, roti jala KAYANGAN. hahaha
ReplyDeleteDaftar ssm Online
Daftar Syarikat
Pinjaman Perniagaan
Lesen perniagaan
Lhdn e filling
Sekarang depa dah kotemporari roti jala jadi macam kek la,macam bunga la bagai..kreatif tul..cantik plak tu
ReplyDeleteRoti jala warna coklat tu kalau warna merah lagi menyerlah.. tapi ok je, masuk dalam.perut dah tak nampak ape.. hehe
ReplyDeleteRoti jalan memang dah naik taraf sekarang. Sahamnya pun makin tinggi hasil idea kreatif yang luar biasa!
ReplyDeletePernah dulu sekeluarga hidup susah tetapi belum pernah terputus bekalan makanan.
Abu & co tu restoran dekat pulai perdana tu ke?
ReplyDeleteAah kan...roti jala sekarang ada macam macam nama, rupa, warna, gaya, cara makan.. tapi sy masih setia la yg dgn yg warna kuning dan cicah kari
Betul, yg depan traffic light masuk pulai jaya (highway)
Deletesinggah nak makan ni..
ReplyDeletejom tukar link
http://www.kembaraminda7.com/
sedap tu roti jala
ReplyDeleteAda pulak yang ciplak idea kibar bendera putih tu, geram betul.. itu ikhtiar orang terputus bekalan makanan cetusan idea marhaen.. eh termelalut pulak haha
ReplyDeleteBestnya artikel ni! Keep it up!
ReplyDeleteDaftar Syarikat Malaysia