Assalamualaikum...
NAMPAKNYA cuaca panas berdenting hari ni. Lega sebabnya sejak Jumaat, matahari tak muncul. Rasa sayang pulak nak membiarkan matahari memancar-mancar gitu, meh la kita jemur baju di luar, supaya garing-garing kain bajunya, hihi. Sambil BDR, sambil tengok kain baju yang bersidaian, hati rasa lapang jer.
Mangkuk tingkat berisi Bubur Nasi Berlauk. Buburnya Sk beli guna khidmat penghantaran ke rumah. Rajin beno pulak memindahkan masuk dalam mangkuk tingkat ayan tu, hahaha. Nanas MD2, macam biasa la kirim dengan Angah.
Tergelak tengok kacang enam biji dipek dalam plastik kecil yang dikepilkan bersama plastik kecil lain mengandungi lobak asin cincang dan sedikit sambal tumis. Telur Masin dan Kangkung Goreng Belacan memang tersedia dalam pakej. Terdapat dua versi bubur iaitu original yang Sk ambil ni. Set original mengandungi Sambal Bilis dan satu lagi pilihan versi Klasik mengandungi Sambal Daging. Lupa nak ambil gambar Sambal Daging tu.. ada dua atau tiga ketul daging sebesar ibu jari gituh.
Dah banyak tempat jugak Sk beli Bubur Nasi Berlauk ni, memang tak boleh lawan keenakan Bubur Nasi Sentosa atau Bubur Nasi Istimewa No 1. Hurmmm, rindu betul dengan Kangkung Belacan dan Sambal Bilisnya tu.
Iman la yang nak sangat makan bubur nasi berlauk ni. Sk pulak dari pagi dok la berulang makan Bihun Goreng dan kuih muih yang dibeli petang semalamnya. Tu nanti SK cerita la ya.
Gaul dulu sebelum makan. Teringat kawan Sk, Ucu dan Along yang mula-mula memperkenalkan makan Bubur Nasi Berlauk ni di Taman Sentosa tu la... Gerai bubur tu dibuka pukul 6 petang, jadi.. ada masanya kalau teringin, kami bertiga akan ambil teksi dari kolej ke sana. Habis makan bubur, balik kolej semula sebab akan mengajar sesi malam pula.. Tapi.. tak lama lepas tu. dah berendut dengan Pak Inche, makan bubur dengan Pak Inche pula, hahaha. Sampai dah kahwin dan beranak pun, kami selalu makan bubur di sini sehinggalah taukenya membuka cawangan di Dataran Larkin, tukar port la pulak.
Hurmmm.. memori betul.. masa yang tak akan berulang. Kini semua dah bawa haluan masing-masing.. rinduuuuuu...
Menu paling laku keras dalam rumah ni.. masak kena seperiuk besooo..esok lusa nak buatlah sebab ada telur asin tu..
ReplyDeleteWah ..makan bubur sambil mengimbau kenangan zaman remaja nampak....Selamat Hari Bapa...hahhaha ttiber!
ReplyDeletesedapnya bubur
ReplyDeleteSedap ni.. Teringin pula nak cari bubur.
ReplyDeleteIsh..dia tayang bubur plak..dah la kita memang nak bubur berlauk macam ni...nak buat tak rajin ni...aihh..sedapnyaa
ReplyDeleterindukan klu igt memori dulu dulu kala
ReplyDeleteTelur masin tu nak isinya yang kuning oren jingga tu aaarrr.
ReplyDelete