Assalamualaikum...
BARU lepas makan durian enam ulas 🤠Duriannya tiga biji aje sebesar kepala budak sekolah rendah tapi ulasnya banyak betul. Kira memang menjadilah buahnya tu. Yang dalam rumah ni pulak jenis tak berapa makan. Kalau Pak Inche cuma suka makan dengan nasi. Sk pula tengok mood. Iman, kalau dia dah kata tak nak tu, memang tak la dia makan banyak, seulas dua dah cukup.
Sebelum makan durian tadi, dah santap sepinggan nasi goreng. Gorengnya bukan pagi tadi, tapi semalam, dah hampir waktu tengahari. Semalam, setelah 24 hari bekerja dari rumah, buat pertama kali Sk ber-gm (google meet) dengan rakan sepejabat bagi menjayakan Program Membudayakan Al-Quran yang menjadi kelaziman setiap khamis.
Nak tunjuk muka jer tapi kemahen pakai shawl berbelit 😜 Lain kali jadi cam Kak Senah senang, sarung telekung jer.. entah kat belah dalam, Kak Senah pakai baju kelawo jer, kahhhh. Oh, ya.. ceritanya, terlanjur dah berbaju cantik, Sk ajak Iman keluar cari makanan tapi masa tu dia dah buka tudung selepas selesai perjumpaan dalam talian dengan team poli. Jawapannya, malas nak sarung tudung balik.. hurmm.. kalau malas, bonda masak nasi goreng jer laaa.
Kalau makan nasi goreng, wajiblah ada telur mata. Di rumah ni, kadang-kadang nasinya tak habis setengah senduk, satu senduk...jadi, nasi yang tak habis tu, Sk kumpul-kumpul, dah banyak sikit, buatlah nasi goreng. Tapi, nasi gorengnya, Sk jugaklah yang berulang-ulang makan 😅
Apo nak dikato ðŸ˜
Yeah mana2 pun nasi goreng wajib ada telur mata . Baru lengkap
ReplyDeleteWah! Banyak aksesori nasi goreng dia. Ada telur mata, ada keropok, ada nanas. Siap cili lagi, boleh gigit-gigit tambah rasa pedas.
ReplyDeleteMenu terhangat musim PKP ni...Sib baik cakap dah pakai lawo2..Kalau tak nak cakap jer,pakai shawl tapi kat bawah pakai towel...hahahaha
ReplyDeleteNasi grg...cepat,mudah,simple..nak taruk apa pun boleh...
ReplyDeletekitrg klu video call, mmg sume off kamera sbb tau memasing konpom serabai dok rumah wkakakakak
ReplyDeleteKalau kat rumah ni SK..nasi goreng biasanya kalau nak jalan kena goreng keropok keping..laju la habisnya..makan ulang- ulang jugak
ReplyDeletemenu musim pkp ni buat waktu breakfast letak telur mata. pergh mantap!
ReplyDeletelafaz akad nikah
doa selepas solat
doa aqiqah
jenis wakaf
hukum ziarah kubur pada hari raya
Fuh.. siap ada cili padi lagi tu.. Berapi..
ReplyDeleteWak kalau makan nasi goreng, suka cari ikan kering
ReplyDeletesedapnyaaa nasi goreng
ReplyDelete