PAGI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...

MACAM terhilang ingatan segala peristiwa yang berlaku semalam, hahaha. Seingat Sk seharian kerjanya cuma makan dan belek telefon selain perkara-perkara wajib. Yang dimakan pulak berulang-ulang iaitu menghabiskan apa yang tersimpan dalam peti sejuk.. aishhh.. nanti kita ingat balik laaa.. kita cerita pasal hari ni dulu.


Iman kata, tak puas makan Sandwich Telur hari tu, jadi pagi-pagi Sk dah rebus telur untuk buat inti sandwich. Nasib baik masa Iman cakap nak makan tu, petang semalam, masa babahnya dalam perjalanan balik kerja jadi sempatlah dia singgah kedai belikan mayonis dan salad. Lawo dan lebih sedaplah kejadian sandwich telur pagi ni nak nak pulak bila disusun dalam pinggan portmeirion.. 😜😜😜


Pak Inche kata, nak sosej dan kacang panggang jugak.. baik. Kita buat big breakfast terus laaa.. semua longgok terus stail buffet. Siapa nak makan anu, ambil sendiri mengikut kuantiti yang dia nak dan apa yang dia nak makan. Tak kuasa dah nak set sorang sepinggan macam dulu, haha. Macam ni lagi senang, walau tiga beranak tapi selera lain-lain. Lepas makan, terus keluar ke Evonsave yang terpaling dekat dengan rumah. Nak gi NSK lebih 10 km tapi boleh jer kalau nak pergi. Hurmmm.. tak banyak bahan basah kat econsave, jadinya balik tu singgah pulak pasaraya yang dekat dalam taman, lagi banyak ikan ada jual.

Hurmmm.. cakit peyut.. nanti sambung eh
🤭🤭🤭




Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang lawo sungguh sandwich susun atas cik port. Sporting jew ikut barisan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!