Assalamualaikum...
KEMBALI bekerja hari ini. Teringat dua atau tiga Jumaat lepas semasa membeli nasi kerabu. Sk ditanya, tak bekerja ke hari itu? Sk jawab, hari ni cuti. Lepas tu, abang tu terus cakap, eh.. lupa la.. sekarang tak boleh tanya, kerja ke tak, sebab orang sekarang hari-hari duduk rumah, hihi. Ialah, betul jugak dia kata tu. Tapi, tu... masa pkp 1.0 dulu, memang duduk rumah, tak pergi kerja dan tak buat kerja lain kecuali makan tido 😆 Tapi pkp fasa bla bla bla ni, duduk rumah kena buat kerja pejabat ikut waktu bekerja. Memang terasa la kerja cuma tak pakai cantik-cantik aje sebab tak perlu nak on kamera atau ber-google meet.
Ada dua biji pisang tanduk yang dah lebam kulitnya atas kabinet. Pishang betul menengoknya. Pekerjaan yang paling malas ialah nak mengubahnya menjadi adunan cekodok. Tu satu, kena pulak goreng sebiji-biji.. kalau buat serawa senang, potong dan campak terus dalam periuk 😜 tapi takkan nak buat serawa lagi.
Tengok jam masih ada sejam lebih sebelum pukul 8. Kena cepat buat kerja, minggu ni minggu baru, banyak benda kena kemas kini nak nak pulak, ada dokumen yang Sk baru terima pada hari jumaat dan sabtu lepas. Hurmm.. hari-hari cuti pun sibuk nak hantar dokumen, nyampahs.. ahaks!
Alhamdulillah, pukul 8 dah tercatuk depan laptop. Jomlah kita.... berkerjaaaaa!
🥰🥰🥰
Wah,seksi cekodok hang SK oi....makan ni boleh kenyang sampai tengahari ni...anyway selamat bekerja...Kami coti hari ni...hihihi
ReplyDeleteSelamat bekerja kak... Eh dh nk lunch la.. Masak pe tu 😜
ReplyDeleteSelamat bekerja, indah rupawan cekodok ittew
ReplyDeletesedapnyaa// terliurrrr
ReplyDeleteHooo ada kawan nyampakhs hantar dokumen.... tak peduli waktu dah sekarang ni kerja kita.
ReplyDeleteComel cekodoknya, kenyang tu makan 4-5 ketui tolak air milo panas!
baru makan haritu.. kegemaran teruk nii.. ade pisang je mmg wajib buat hehhe
ReplyDeletepenyakit gerd
kencing manis
sakit lutut
supplement ibu mengandung
Sesekali boleh layan cekodok pisang..sebab dalam rumah ni Mak xleh makan pisang sgt...kencing manis dan nanti potassium dia naik tinggi
ReplyDelete