BIHUN TOMYAM DAN SATE UNTUK MAKAN MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

BILA ditanya, nak masak apa untuk makan malam semalam, Pak Inche jawab, masaklah apa-apa aje. Nampak tak? Bila tukang makan pun dah surrender. Tak kisah nak makan apa saja. Karang.. masak benda yang dia tak suka, muncungnya panjang pulak sedepa 😆

Jadi, sebagai suri 21 tahun, kita pun dah faham apa yang dia suka dan tak suka, takkanlah nak masak benda yang dia tak suka. Tapi, kalau dah cadangan terbuka macam tu, maknanya Pak Inche dah makan nasi. Dalam batu jemala ni terlintas bihun aje. Tapi, takkan nak goreng bihun lagi. Masak sup pun dah, soto pun dah, kita buat tomyam pulak.. macam pandaiiii... hahahaha. Ya, tomyam antara masakan Sk yang kurang menjadi rasanya tapi belasah jer, pes tomyam kan ado 🧑‍🍳


Alhamdulillah, menjadi jugak tomyam yang rasanya macam kat kedai 🥰. Tak ada stok sayur langsung. Pokok ketumbar pun tinggal batang dengan akar, daunnya dah habis guna buat air asammm 😅 Sk cuma masukkan udang dan sotong aje dalam tomyam ni.

Tomyam Udang dan Sotong

1 liter air
2 batang serai ketuk
1" halia hiris
1/2" lengkuas hiris
1 bawang besar potong baji
1 akar pokok ketumbar
5 helai daun limau purut
12 ekor udang
2 ekor sotong sederhana (potong)
1 kiub tomyam
2 sudu pes tomyam thai
3 senduk jus limau nipis (ready made dalam botol)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula

Cara-cara :

1. Didihkan air bersama serai, halia dan lengkuas. Biar mendidih lama sedikit.

2. Masukkan akar pokok ketumbar, bawang dan daun limau purut, renihkan.

3. Masukkan kiub tomyam dan pes tomyam thai, renihkan lagi.

4. Masukkan jus limau nipis, garam dan gula, sesuaikan rasa. 

5. Akhir sekali, baru masukkan udang dan sotong, masak anggaran 5  - 7 minit sahaja sehingga sup tomyam mendidih semula, tutup api. 

6. Masukkan daun ketumbar bersama tangkai ke dalam tomyam. 

Boleh dimakan bersama nasi, bihun atau kuey teow.


Siangnya Sk dan Iman dah makan nasi dua kali. Disebabkan Iman semalam tak ada kertas peperiksaan, jadi ada banyak masa lapang untuk makan 😜 Kalau tak, memang dia kurang selera ditambah nak kena bersedia awal. Pukul 11 pagi kami dua beranak dah mengadap nasi. Sk panaskan Asam Pedas Ayam yang tinggal dua ketul, Daging Bakar dan Caru Bakar. Asam pedas selesai, caru tinggal sikit Sk bagi kat anak-anak bulus yang tak berapa pandai makan ikan ni 😅, tinggal daging bakar sikit. 

Lepas tu, Sk panaskan roti jala. Sk masukkan dalam pengukus dan tenggek atas periuk nasi dalam masa yang sama nasi terhangat sekali. Pukul 4, Sk suap Iman makan nasi dengan daging bakar sambil suap mulut sendiri 😆 Pak Inche pun kata, dah makan nasi. Lupa pulak nak tanya, kat mana dia beli. 


Pak Inche tapau Sate Daging dan Babat dari gerai depan Abu & Co. Ni pertama kali beli sate kat sini. Sate sedap tapi tergeliat rahang Sk yang dah remaja purba ni. Iman yang muda pun kata keraih satenya. Tapi babat okay, tak liat. Nasib baik Pak Inche tak beli banyak, Sk memang dah pesan kalau nak beli sate tak yah beli banyak. Kadang berhari-hari disumbat dalam peti sejuk. 


Tomyam ada lagi, bihun tinggal sikit. Nanti tengahari tengoklah, Iman nak makan dengan nasi atau bihun. Kalau nak makan dengan bihun, kita celur bihun lain. Kalau nak makan dengan nasi, kita masak nasi. Tapi, celur bihun lebih cepatlah dari masak nasi. Cepat dimasak, cepat dimakan la gituuu 🤭

Hurmmm.. rabu ek hari ni. Blogger lain rabu ramai yang wordless tapi Sk.. hurmmm... 

😜😜😜😜😜










Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. rupa kuah tomyam dah ada tu kak...
    insyallah menjadi la tu...
    klu dah pakai pes, insyallah ok dah tu masam2 tomyam hehehe...

    ReplyDelete
  2. Cerita pasal tom yam ni teringat pakwe kita hirup kuah singgang ayam budu, katanya kalau tambah lobak merah dengan kobs bunga, boleh dah jadi tomyam huhihoooo!

    ReplyDelete
  3. Penampakan udang-udang besar disebalik kuah tomyam.. Sedap tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!