Assalamualaikum WBT
HARI Sabtu lepas, Sk kan terlibat sebagai AJK Jemputan Ibubapa dan Graduan. Antara skop tugasnya adalah menyambut ketibaan graduan dan ibubapa dan menunjukkan arah untuk pendaftaran dan graduan serta tempat menunggu ibubapa. Sk bertugas sesi petang dan dalam keadaan panas berdenting. Turut bersama Sk, Naza, Kak Imah, Fazlin, Umi, Rafidah dan Rafidah (hahaha.. ada dua orang nama Rafidah).
Penat eh berdiri hampir dua jam jugak. Kemudian berjalan pulak ke Fesko, mujurlah kecik aje Fesko tu. Jadi, bila dah balik rumah, memang rasa nak jadi tapak sulaiman aje. Pak Inche pulak ajak makan di Restoran YX. Sk lebih rela rasanya nak masak nasi dan panaskan aje Kari Ayam yang masak hari Jumaat tu, tapi Pak Inche memujuk agar makan di Restoran YX jugak.
Chilli Shrimp Paste Squid (S), cakap melayunya Sotong Sambal, RM25. Sotongnya tebal dan besar tapi tak lembut sangat, sambalnya lebih pada rasa sos tomato dan ia agak mengecewakan bagi Sk.
Staf yang ambil pesanan kami cadangkan agar memesan udang yang ditawarkan dengan harga RM3/seekor. Masakannya dengan cara goreng kilas bersama kicap cair. Sedap juga walaupun 'simple', cuma ada potongan bawang putih dan daun bawang yang dipotong seinci-seinci. Masakan lain seperti butter, sambal dan lain-lain harga normal. Set saiz S ada lima ekor udang, cuma RM15.
Sizzling Tofu ni memang kegemaran Pak Inche, RM12 bagi saiz S.
Kali ni ambil Siakap Tiga Rasa. Harga bagi 100 gram/RM5.50, ni beratnya 800 gram, RM44, jauh lebih murah dari harga siakap di
Damai Seafood Village.
Ambil empat jenis lauk ni je.. tu pun Pak Inche nak tambah Chicken Lemon. Kalau ada Iman bolehlah ambil Chicken Lemon tu. Semua harga makanan masih sama kecuali nasi naik 40 sen semangkuk 😆.
Memang puas hati la makan banyak seafood tak sampai RM120 pun. Cuma jika anda ke sini dan pernah roaming talian telefon ke luar negara, lebih baik matikan data dan guna wifi yang disediakan restoran.
apakah ambarella juice itu? umbrella i taulah
ReplyDeleteAmbra.. kedondong 🤣
DeleteTeringin pulak nak try sizzling taufu tu...
ReplyDeleteSama la...dah banyak kali nampak tofu sizzling ni...nampak sedap tapi tak tau resipi...hot plate pun takda..hihihi
ReplyDeleteEntah bila nak jejak kat sini..nampak masakan sedap tempting..
ReplyDeleteSuka pergi restoran makanan laut di JB. Semua sedap2 masakan kat sana.
ReplyDelete