IKAN MERAH STIM ALA PORTUGIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

MALAM tadi makan di rumah. Berkolaborasi laki bini masak Ikan Merah Stim Ala Portugis. Sosnya Pak Inche beli ready made. Sepatutnya cuma perlu dituang terus atas ikan sebelum dikukus tapi Pak Inche rajin, olah dulu dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan sos tiram serta daun ketumbar.


Tugas mengukus diambil alih oleh Tuan Tanah Kedaung. Sk tuang sos atas ikan dan kukus sekali dan selak bahagian mata ikan agar senang nak tengok matanya dah putih menandakan ia telah masak 😆. Tapi tak jugak datang rasa yakin tu, hampir 20 minit jugak Sk kukus ikannya, hehehe.


Jika di restoran, berpinau bijik mata tengok harga ikan merah jadi kali ni Pak Inche kata, kita masak sendiri. Memang tak pernah lagi makan ikan merah stim ni, sedap jugak distim, biasa ikan merah kami masak kari atau asam pedas. Selain tu, wajiblah ada sayur baby kailan goreng oyster, lupa pulak nak ambil gambar, nampak sipi-sipi aje sebelah pinggan ikan 🤣.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bekerja berganding bahu... ni dah feel makan kt kedai jugak ni kak

    ReplyDelete
  2. sedap tu ikan merah...biasa mkn yg sup or kari kalo ikan merah ni

    ReplyDelete
  3. ikan merah ni masak apa pun sedap kan kak.... tgk pun nampak fresh betul ikannya kak

    ReplyDelete
  4. Menu sihat ni, ikan stim. Sedapnya!
    SK salah seorang top commentators di blog saya. :)
    https://kaitdanlari.blogspot.com/2024/01/top-commentators-2023.html

    ReplyDelete
  5. Ikan kayangan ni SK haha ...
    So far tak pernah kukus lagi ikan merah, selalu buat Kari @ asam pedas macam SK gak...
    Takpa, kailan dok tepi sbb dia bukan pelakon utama 😂

    ReplyDelete
  6. Ikan merah dan sewaktu dengannya dilategorikan gred A ni..harga kayangan kalau kat tempat saya ni cecah RM50/kg..lagi mahal dari daging fresh.Tapi nampak sedap la.Belum pernah try ikan ni masak stim

    ReplyDelete
  7. SA pulak...salah dah. SK. Ampunkan saya tuan tanah kedaung

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam WBT.
    Sedap ikan merah stim ala Portugis nya kak.😀

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!