PUNTEN SAMBAL BILIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SANA-SINI cerita tentang kesedapan Punten, makanan tradisional orang Jawa. Tak pastilah, Jawa Barat, Jawa Timur, Jawa Selangor, Perak atau Johor atau mana-mana Jawa, hehehe. Yang pasti, ibu Sk tak pernah buat, memang pun la.. sebab ibu Sk Banjar. Arwah abah katanya Jawa, tapi orang kata apa tu, Jawa Murtad 😌. 

Di Johor, tak pernah nampaklah orang jual Punten ni sejak dulu. Bila dah viral pun tak nampak orang jual di mana-mana vendor atau gerai sarapan. Kawan fb aka Blogger Pencen Kak Anis Sidon sendiri terpaksa beli dari Klang. Murah jer, RM6/5's tapi tulah, mahal rantai dari beruk. Caj delivery jer dah RM18, hahahahaha. Penangan viral!


Lepas Pak Inche pergi kerja, Sk pun mula memunten. Sk rujuk resipi yang di-screen shot dari fb Mariyati Miskon. Terima kasih, Pn Mariyati sudi berkongsi sukatan membuat punten dan cara-caranya. Tapi tulah, Sk tak pandai bentukkan punten tu, tu yang guna acuan lompang aje. Maaf ya Jawarians sekalian andainya ini dikira menderhaka 🤭.


Cara masak Sambal Bilis untuk dimakan dengan Punten


Cara menyediakan Punten. Nisbah sukatan beras dan cecair adalah 1:3


Disebabkan Sk sorang jer yang nak makannya pun, Sk cuma masak 1 pot beras. Cuci beras hingga bersih, tos, kemudian masukkan 3 pot air, garam dan Sk gunakan sebungkus serbuk santan jenama Kara.


Untuk Sambal Bilis, Sk ikut sukatan yang diberi Pn Mariyati. Ngam siap masak Sambal Bilis, punten pun dah masak dan sedia dibentuk. Tapi kena tumbuk dulu, la.. Sk guna anak lesung yang dibalut plastik, tumbuk pelan jer takut kemik pulak periuk nasi, hahahaha.

Sedap ke Punten? Tak cuba tak tahu..
😆

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nyaris dah nak cuba minggu lepas, tapi tiba² termalas haha... Mesti sedaplah ni ye, sbb sana sini tengok org citer pasal punten ni ...

    ReplyDelete
  2. Sambalnya tu, biasanya guna cili padi hijau...auuummmm pedas!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan dengan sambal bilis. Tak pernah lagi makan punten ni.

    ReplyDelete
  4. Itulah tu, dok sana sini punten. Asyik naik FYP je, kita pun macam teringin nak makan. Sebagai anak melayu, memang baru kenal punten ni dan lansung tak pernah nampak orang jual di Johor, spesifiknya area Segamat lah. Segamat tak ramai orang jawa mungkin.

    ReplyDelete
  5. Menarik untuk dicuba...SA x pernah makan tapi nampak ramai share kat FB

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!