Assalamualaikum WBT
TIBALAH sudah giliran Sk belanja makan malam semasa kami di Seremban. Pilihan Sk tentulah western dan hasil carian di TT, Sk terjumpalah La Strada Pizzaria yang terletak di Kampung Baru, tidak jauh dari hotel yang kami inap, Royale Chulan Seremban.
Risau jugak sebab kami agak kelewatan untuk makan malam. Beberapa meja ada yang hampir selesai makan. Lebih berdebar-debar apabila staf restoran terus datang ke meja kami yang baru sahaja hendak duduk. Aaaa.. dia nak cakap 'kitchen dah close ke ni', kata hati Sk. Rupanya dia nak beritahu agar kami imbas QR code atas meja ni untuk melihat menu kemudian boleh terus buat pesanan secara online. Fuh.. lega 😆. Pak Inche pun ikut lega juga, hihi.
Homemade Mushroom soup, RM11. Terkejut jugak tengok rupanya yang hijau lumut tu. Biasanya Mushroom disertakan bersama roti bawang putih percuma tapi di sini kena pesan berasingan rupanya. Tiada campuran tepung jagung atau cuma sedikit campuran tepung jagung ke, supnya tak pekat macam sup cendawan yang biasa kami makan. Disebabkan kami tak pesan Roti Bawang Putih, Sk bercadang nak makan sup dengan pizza tapi sekejapan pulak licin dihirup Pak Inche.
Pilihan Sk, Spaghetti Prawn Aglio Olio, RM23.50. Ianya masakan Aglio Olio yang benar-benar asli iaitu bawang putih yang ditumis dengan minyak zaitun dan digaul bersama spaghetti yang direbus sehingga al dente. Kerana suka lebih pedas, Sk renjiskan dengan chilli flakes yang dihantar ke meja.
Pelanggan di meja sebelah telah bangun dan meja telah siap dikemas. Di belakang kami ada beberapa keluarga baru sampai.
Sk pesan sekeping Beef Pepperoni Pizza 6", RM12.50. Sedap crust pizza walaupun tebal tetapi lembut.
Tapi, kelu lidah tengok udang yang dimasukkan ke dalam spaghetti, rasa tak berbaloi. Udang bukan sahaja kecil tapi tidak segar.
Satu lagi main course belum tiba untuk Pak Inche, Grilled Chicken Thight Catalunya Special (Salad). Dalam menu dicatatkan hidangan ini mengambil masa 25 minit.
Hampir 30 minit juga menunggu.. mujur Pak Inche dah alas perut dengan Mushroom Soup dan Pizzaria. Bimbang jadi amukan, hahahahah. Ayam panggang dan salad ini berharga RM31.
Sedap tapi agak tebal mekap ayam panggang ni, hehehe. Walaupun harga makanan di sini agak mahal tapi ada pilihan minumannya yang murah.
Restoran ini terdiri dari ruangan tertutup dan terbuka dengan hiasan dari negara-negara yang pernah chefnya bekerja.
Cantik dan kozy.
Chefnya mesti pandai main gitar.
Kaunter juruwang. Boleh bayar tunai atau imbas QR Code.
Kawasan parkir luas.
La Strada Pizzaria
Block C, 7291, Kampung Baru, Jalan Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Buka setiap hari kecuali Selasa
Sunday 5–11:30 pm
Monday 5:30–11:30 pm
Tuesday Closed
Wednesday 5:30–11:30 pm
Thursday 5:30–11:30 pm
Friday 5:30–11:30 pm
Saturday 5–11:30 pm
mesti banyak pengalaman chef nie
ReplyDeleteCantik deco kedainya.
ReplyDeleteChefnya internationale...!
ReplyDeleteLawa cafe ni...food pun nampak menyelerakan belaka 👍
ReplyDeletemula2 SK sebut kampung baru berdekatan dgn royale chulan tu ammi macam...eh kat mana ni? tak pernah tau pun. ohhh kat ampangan rupanya.
ReplyDeleteTQ...ammi pun tak tau kedai ni wujud ahakssss.
Pernah nampak kedai ni dalam foodpanda. Tapi tulah belum pergi lagi. Nak lalu macam tak pernah lalu situ. Lenkali boleh singgah kot nak makan pizza. macam best je.
ReplyDeleteComel jew Beef Pepperoni Pizzanya tu.
ReplyDeleteSA sendiri sama macam Ammi terpinga bila kata Kampung Baru...ek...kat mana erk...hahha..ampangan rupanya..Sumpah SA x tau kewujudan kedai ni...nanti boleh la pi...
ReplyDelete