UJIAN BUAT ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


SEJAK Jumaat, Angah mula demam. Sejak demam tu, tiga kali ke klinik, dua kali di klinik yang sama iaitu Klinik AD dan sekali di Klinik AN. Dapat cuti sakit sampai hari selasa, rabu (semalam) terpaksa masuk kerja, kerja melambak nak kena selesaikan, walaupun belum baik demam malah tiada bayangan nak sembuh walau ubat dah ditelan dua tiga papan agaknya. Pagi tu, Ilham hantar ke pejabat. Sk pesan, jika tak tahan sakit, nak ke klinik atau balik rumah, beritahu, lagipun pejabat kami dekat-dekat jer.


Baru selesai bincang dengan staf pasal pembahagian dorm asrama untuk pendaftaran tahun 2024, Angah telefon. Minta tolong ambil dan hantar ke Klinik Primer Cherang di Taman Damansara Aliff untuk ambil darah supaya tahu lebih lanjut kenapa demam tak sembuh-sembuh. 


Hasil ujian darah, jawapannya denggi. Angah dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah.


 Rasanya dah berpuluh tahun tak jalan berpimpin tangan adik-beradik. Kadang macam tu la kan, kita lupa adik-beradik patut diutamakan dari kawan. Dengan kawan kemahen lagi eh berpeluk 🤭.


Paksa diri untuk makan. Nasi separuh pun tak habis. Begitulah bila selera ditarik, nak suap makanan pun tak daya. Sk turut hilang selera.


Medan letak kereta HSA ni tak pernahnya tak penuh. Mujur dapat letak kereta kat bahagian tengah ni, nampak satu kereta nak keluar, cepat-cepat tunggu.


Dah turunkan Angah lebih dulu sebelum letak kereta. Nampak Angah sedang mendaftar di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Alhamdulillah, walaupun Angah kata rasa bodoh, tapi masih boleh berfikir. Lepas daftar, nanti staf akan bagi nombor giliran. Untuk tujuan ambil tekanan darah, bayar bil, jumpa doktor, x-ray dan sebagainya, semua akan guna nombor giliran yang sama. 


Satu pengalaman baharu la bagi Sk bahawa ia bukanlah prosedur yang mudah macam selalu kita tengok dalam tv. 


Bertabahlah anak-anak sementara ibunya mendapat rawatan. Izzat masih di Terengganu tak pastilah sama ada Izzat balik ke tidak ni nanti.

Semoga Angah lekas sembuh dan tabah dengan ujian ini, Amiiinnn YRA.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. makin ramai yang kena denggi..tempat saya pun sama..harap kak ngah cepat recover..kesian nampak tak larat tu

    ReplyDelete
  2. rumah ammi nyamuk berlambak2 siap berpusing2 kat kaki. geram je siap ammi beli raket letrik tu. pakai ridsect, sheildtox semua tak jalan. menari2 gembira nyamuk tu dek bau wangi

    ReplyDelete
  3. Syafakillah untuk Angah...get well soon...2x pengalaman kena denggi, mmg rasa lemah badan..nak tido je..

    ReplyDelete
  4. semoga Angah cepat-cepat sembuh, pengalaman check darah denggi ni pernah kak ana lalui tahun lepas, anak kak ana kena denggi dalam pantang, Allahu Rabbi risaunya dengan ulang alik ke KK tiap hari sampai lah capai tahap normal.. dah laa dalam pantang masa tu dia, cuma kak ana berikan jus daun betik beli di farmasi je dengan izin Allah swt seminggu dia kembali sihat, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. Semoga Angah cepat-cepat sembuh.
    Ye la, saya pun perasan. Sekarang nyamuk banyak. Dulu keluar ke dapur luar waktu malam atau awal pagi, takde sekor pun nyamuk kacau. Sekarang bukan main lagi kacau telinga kita. Aduh...

    ReplyDelete
  6. SA sendiri dah beberapa hari demam tapi telan je la panadol..SA kalau demam semua dalam rumah ni ikut sekali demam...semoga angah cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah kurniakan kesembuhan & mudahkan urusan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!