SARAPAN SATE DI WARONG TOKYAH @ THE KUARTERS

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

PAGI ini, Pak Inche hantar Iman ke pejabat SK sebelum beliau ke pejabat. Cadangnya, Iman nak melawat nenek di hospital yang masih ditempatkan di Zon Kuning. Keluar sarapan pun lambat sebab Sk ada sedikit kerja nak diselesaikan. Tup-tup, Cik Ani beritahu, nenek dah dapat masuk wad biasa. Maknanya, kena tunggu waktu melawatlah, baru boleh tengok nenek.


Jadi, kita pergi sarapan dulu la di Warong Tokyah @ The Kuarters. Sebelum ni datang sarapan sini dengan Fidah awal-awal pagi, terus dapat masuk, kan. Kali ni datang dah lewat, kena menunggu. Terkini, Warong Tokyah gunakan sistem giliran. Dah macam klinik dulu-dulu pulak 😂. Kami dapat nombor 70. Tengah tunggu giliran, tiber Cik Ani tanya, boleh tak Iman tolong teman nenek kat hospital hari ni?


Tembak dari Ig Stories Iman. Masa Sk datang tuari belum ada sate lagi. Ada sate ayam, daging (lembu) dan kambing.


Sk ambil Lemon Blueberry Loaf Cake dan kaswi pandan. Iman ambil tako dan seri muka. Suruh Iman ambil sate dan Iman nak makan lontong. Sk tak tahu nak makan apa, sebab nak feel lebih makan kek pound dengan americano, hahaha. Oh, ambil sparkling Beyh Royal tu sebotol.


Terkujat jugak kena patploh lebih. 
🤣🤣🤣🤣🤣. Lepas tu bila tengok balik bil, kuih dia kira 6 ketul, padahal 3 aje. Mungkin dia terkira dua kali. Sk beritahu, dapat balik la RM3. 

Edit : Punyalah semak harga kuih dari 3 ketul jadi 6 ketul, tak perasan pulak rupanya cashier tak tekan harga Sparkling Beyh Royal. Terus dm ig Warong Tokyah, minta no akaun untuk transfer online, hihi.


Bestlah makan pagi kat sini dah ada sate tapi satenya kecutttt.


Perut dah kenyang, bolehlah jaga nenek sampai petang. Sk sambung masuk pejabat, hujung-hujung bulan ni, macam-macam report nak kena buat.

😌😌😌

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Unik hidang air dalam bungkusan plastik 😀
    Semuanya nampak menggoda, termasuklah sate yang dikatakan kecut tu 😄

    ReplyDelete
  2. Kedai sentiasa ramai orang ni siap ada no giliran. Banyak pilihan menu mesti ramai suka datang. Bestlah pagi pagi boleh menyate nanti.
    Semoga nenek cepat baik dan keluar wad. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Moga nenek cepat sembuh. Nampak semua sedap tapi sate nya kecut ya.

    ReplyDelete
  4. Allahu...baru sempat BW...Semoga Ibu dikurniakan kesembuhan dan dimudahkan urusan...Semoga Iman juga dilimpahkan rezeki berkat jadi cucu solehah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!