Assalamualaikum WBT
MALAM tadi kononnya nak tukar angin. Tak mahu makan tempat biasa, kita pergi tempat luar biasa sikit di Bandaraya Johor Bahru iaitu TMIYC atau Tunku Mahkota Ismail Youth Centre. Ada beberapa buah cafe dibuka di sini.
Suasananya menarik. Kami berdua meninjau-ninjau la apa yang berkenan di anak tekak kami yang tak berapa youth (belia) ni ha 🤣.
Dalam tinjauan Sk, terdapat empat buah cafe dibuka dan dua darinya menawarkan menu barat seperti pizza dan pasta. Ada cawangan Cupchai Cafe yang cuma menawarkan menu Nasi Lemak dan Kacang Pool. Sebuah lagi kafe hanya ada menu coffee.
Bila Sk tanya Pak Inche, nak tak? Dia tanya kita balik, nak tak? Beberapa kali jugak la skrip nak tak nak tak tu haa.. hahaha.
Maknanya, tak nak la tu...
Hilang arah tujuan dibuatnya, kemudian kata sepakat dicapai, kami ke Empayar Wak Lan di Batu 10, Skudai.
Belia tu sampai umur 39 tahun aje, ni dah kategori beliau! Hahaha.
Beliau makan Soto Mihun Special.
Soto Nasi Special untuk Sk. Banyak giler ayam daripada hari tu + ada dua biji bergedil. Semangkuk ni RM12.50. Rasa hari tu makan harganya RM12.
Berbaloi sebab sedap! Sambal kicap pedas sikit, best!
Sepanjang jalan berzikir, janganlah rojak habis, hehehehe.
uish sedap nampaknya tu
ReplyDeleteBelia —> beliau 🤣
ReplyDeleteSaya pun kurang gemar makanan barat, agaknya sebab dah bertukar jadi ‘beliau’ kan.
Tak belia takpe... Janji BELI - AH.!
ReplyDeleteTeringin tengok soto tu.
ReplyDeleteSoto dengan perkedel lalu campur kecap pedas, memang best 😍😍😍. Menu seperti ini yg saya juga lebih suka 👍
ReplyDeleteSaling memahami nak tak nak last tau tak nak jom cari tmpt lain hahahah :P
ReplyDeleteKalau makan soto ni dapat yang isi dia penuh mmg sedap la dan puas hati makan..
ReplyDeletedisini masih belia...ahaks.
ReplyDelete