Assalamualaikum WBT
AHAD tiba, dah habis minggu jimba-jimba 🤣. Kalau minggu lepas cuma masuk pejabat tiga hari, minggu ni kena masuk pejabat lima hari.
Yabedabedoooooo!!
Kali ni, Sk tiga beranak nak bawa pembaca ke Rumah Makan D'Kota Seafood yang terletak di Kota Kecil, Kota Tinggi. Alamat yang spesifik tu tak ada pulak tapi cuba tekan dekat waze, mesti ado! Rumah Makan ni biasa dikaitkan dengan Indonesian Cuisine tapi di sini merupaka restoran makanan laut.
Singgah sini semasa dalam perjalanan balik dari Kuantan. Masa tu dah kelaparan, nak cari makan di bandar Kota tertarik nak singgah Rumah Makan ni. Bagi mengubati kekecewaan tak dapat makan Sotong Goreng Tepung di Warung Poksu Moksu, kami pesan SGT di sini. Tapi tak samalah rupanya, sotong di WPM besar-besar dan tebal dengan salutan tepung yang meriah. Selain tu, pesan Daging Masak Merah, Baby Kailan dan Telur Dadar is wajib!
Pesan semangkuk Tomyam Campur atau Seafood ni, tak ingat pulak. Banyak juga isinya tapi supnya didominasi rasa pes tomyam. Tomyam ni masing-masing jamah sesudu aje, lepas tu minta bungkus jer tomyamnya sebab macam tak habis je, baik bungkus siap-siap. Daging Masak Merah bagi Sk tidaklah mengecewakan.
Pesan Siakap Masak Tiga Rasa minta extra pedas. Sos tiga rasa lebih pada rasa masam sos tomato tapi kalau kita kunyah-kunyah sekali dengan hirisan cili hijau yang banyak tu, barulah terasa rasanya.
Sk tertarik dengan Ketam Nipah Masak Telur Masin. Di menu tertera harganya RM60/set. Sk tanya, satu set ni seekor ke? Staf tu kata, ikut saiz ketam. Kita pesanlah satu set. Tulah yang jadinya Tomyam dibungkus sebab dah ada dua lauk utama ni 😂.
Syok betul la menyudu-nyudu sos telur masin ni. Sk dan Iman memang peminat masakan telur masin tapi Pak Inche kurang gemar. Pak Inche tu kalau boleh semua seafood nak disambalkan ðŸ¤. Sos telur masinnya sedap yakmat tapi ketamnya tak ada isi. Ada satu bahagian sepit yang dah pecah tapi isinya tak ada, nak kata jatuh dalam sos pun tak ada juga. Kat bahagian badan cuma jumpa telur ketam je dan tepung-tepung salutan ketam, tanda ketam digoreng salut tepung dahulu sebelum dimasak telur masin.
Selepas buat bayaran, Sk mengajukan soalan kepada cashier, adakah ketam tu datang seekor/set atau macam mana? Ialah, kalau datang sekor, mana sepit sebelah lagi. Cashier jawab datang set, bukan seekor. Jadi, Sk komplenlah ketam kami tu tak ada isi. Sepit ketam dah pecah isi tak ada, badan ketam pun tak ada isi. Cashier tu cakap, patutnya kena beritahu masa dapat tu, nanti mereka masakkan yang lain. Oh, gituuu.. lepas tu dia pulangkan RM20. Kami sama-sama mintak lebih kurang halal, la. Jadi, kalau katalah ada pembaca datang sini, dapat ketam tak ada isi, sila komplem terus ya 😂.
3 Nasi Putih
2 minuman berperisa (tak ingat air apa)
1 ais kosong
1 Tomyam
1 Ikan Siakap
1 Daging Masak Merah
1 Baby Kailan
1 Sotong Goreng Tepung
1 Telur Dadar
1 Ketam Telur Masin
Jumlah hangus termasuk ketam adalah RM153, kiranya kalau tak ada ketam tu baru RM93, kan.. bagi Sk kira murah jugaklah harganya tu berbanding rupa restorannya yang kemas menawan mereka yang terpandang pasti akan tertarik untuk singgah makan.
Nampak sedap la...lepas tu kira ok la tuan kedai boleh terima komplen ketam xde isi..give and take kata omputih kan..
ReplyDeleteKadang tak dapat agak porsi dia banyak mana kan. Bila tengok menu semua sedap rasa nak order. Menu tomyam tu memang nampak banyak. failed kalau masak 3 rasa rasa sos tomato je walaupun dah mintak pedas. Sebbaik ada cili penyelamatnya. hihi..Bagus juga tuan kedai terima orang komplen dan bagi diskaun.
ReplyDelete