TIBER RAJIN MASAK TAPI...

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, ingatkan balik kerja nak singgah Pasar Malam Taman Tampoi Utama. Lama tak beli (makan)...

Cekodok Pisang

Lempeng Sambal Bilis

Ubi Kayu Rebus

Laksam

Tauhu Bakar

Pelam

Apa-apa lagi la kat pasar malam tu.. tapi.. tak jadi 🤭. Lepas tu masa lalu depan Kawd Taman Pulai Perdana, eh.. rasa nak makan spaghetti kat situ pulak. Tapi.. ada tapi lagi.. teringat daripada makan kat situ, baik masak sendiri. Bukan tak ada stok, spaghetti ada, sos spaghetti ada, daging kisar ada.. tinggal yang belum ada.. RAJIN 😂.



Gigih la malam tadi masak. Pak Inche bila tau Sk nak masak spaghetti, dia suruh panaskan sekali Mushroom Soup dalam tin. Balik tu, nahhh.. sebatang dibelinya Roti Perancis.. beli kat SDS Cafe nak makan dengan Mushroom Soup. Roti tu, Sk potong-potong, sapu butter dan taburkan daun parsley.

Tapi, tu la.. masa beli daging kisar nak buat stok tu, tak ada daging lembu, jadi yang ni guna daging ayam. Tak sedap la macam daging lembu, padahal jenama Ramly Burger jugak. Jadi, point dekat sini kalau nak beli daging kisar pastikan daging lembu kisar jenama Ramly Burger.

Tu satu.. satu lagi, Sk tak perasan tin sos spaghetti tu untuk seafood atau pes Marinara Seafood. Hari tu Sk ambil flavor tu sebab Sk baca ia sos pedas tradisi. Sajalah nak try kot sedap. Entah apa la yang bermain dekat kepala masa tu agaknya, hahahah. Puri tomato pun Sk guna jenama lain, bukan DuChef. Jadi, tak rasa macam sos bolognese yang biasa Sk buat yang terpaling sedap tu.. hahahah.

Tu takpa, ada lagi eh.. masa dah buka tin mushroom soup tu, laaa.. merahhhh.. rupanya tomato soup. Sabar aje laaaa. Macam tak ikhlas jer pulak masak malam tadi 😌.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ape2pun redho je lah... sedap atau x.. kite pakat makan.. :D..

    ReplyDelete
  2. Selalu gitu la kan. Bahan ada je tapi malas nak buat. Beli kedai senang. Hihi

    ReplyDelete
  3. Redah aje la SK, janji dah rajin masak...

    ReplyDelete
  4. bahan ada..kerajinan kdg2 tk dtg kan..tp ni spaghetti ada mushroom soup skali ...mmg mantop

    ReplyDelete
  5. Layankan je. Masak sendiri, bedal sendiri. Sedap tu, SK. Saya pun kadang tersalah amik barang. Tak perati betul tin. Ingat dah sama, rupanya salah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!