MAKAN DI JAMAN TORY SIGNATURES

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

HASIL carian tempat makan menariks di Kuantan, telah menemukan Sk dengan Restoran Jaman Tory Signatures yang menyajikan masakan Pahang dalam suasana kampung. Jadi, awal-awal lagi Sk dah susun itinerary hari pertama untuk singgah dahulu di Restoran Jaman Tory sebelum daftar masuk penginapan di Timur Bay Residents. Itinerary sangatlah ko, Sk! Hahahaha.



Kami menggunakan aplikasi waze dan rupanya Jaman Tory ni mempunyai lebih dari sebuah cawangan. Sk set waze ke cawangannya yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Cawangan di IM ni ada dua lot, sebuah lot berhawa dingin dan sebuah lagi tidak. Kami diminta untuk mendaftar dahulu di kaunter pintu masuk. Staf mengambil nama, nombor telefon dan mencatatkan masa. Ah.. nak kena menunggu pulak, fikir Sk.


Tapi, tidak pun. Staf bertanya jika boleh makan di ruang berhawa dingin dan Iman cepat-cepat mengangguk. Cuaca pulak memang tengah panas berdenting!


Memang JTS dah set meja ni untuk tiga orang, hehehe.


Berkerut kening baca menu.. hahahaha.


Tertelan air liur baca Set Bukit Imam Sulong berharga RM909. Set ini mengandungi sekilo Udang Galah, 2 jenis masakan ikan patin, ikan kerai, ketam dan ayam kampung.

Kalau bajet anda separuh dari itu, bolehlah ambil Set Paya Panjang bernilai RM519 yang mengandungi masakan ketam, daging salai, dua jenis masakan ikan patin, ikan merah dan ayam kampung.


Errrr... Tak ada ke menu ala kadar ala carte?

Adaaaaa...


Dari mula datang memang nak makan Pais Patin tapi menengokkan harganya kita kuburkanlah niatnya.. nak nak pulak, Pak Inche tak makan ikan patin. Macam unfair pulak sebab Pak Inche tukang bayonyer 🤭.


Pening nak pilihkan lauk untuk Pak Inche.


Selain masakan kampung, JTS juga menawarkan menu barat.


Belum pernah lagi makan Spaghetti Patin tapi jika Spaghetti Daging Salai tu memang favourite! 


Akhirnya dapat jugak pilih menu yang sesuai gabungan tekak tiga beranak. Sementara tunggu makanan dihidang, kita cuci mato tengok barang rare yang menjadi perhiasan dalam restoran.


Set Patin Tempoyak, RM30.70. 

Tak sangka pulak dapat ikan bahagian kepala, hahahaha. Tak terkeluar ya ayat nak minta tukar bahagian ikan sebab kami ni dah biasa redho, kan 🤭. Macam rasa menyusahkan pulak kalau minta tukar. Sedap la rasa kuah tempoyak patin ni tapi potong sebab dapat bahagian kepala kalau tak, mesti Sk bagi 10/10 🤣.


Set Daging Salai RM18.10

Sedap sangat kuah daging salainya ni sampai licin kami hirup kuahnya. Cuma daging tu tak terasa sangat salainya dan tak ada bau asap-asap salai.


Set Ayam Kampung Bercili, RM25.70 untuk Pak Inche. Tengok gaya Pak Inche makan nampak sedap sangat tu. Siap tambah nasi tiga kali tau! Tapi, fyi, nasi dia memang comel aje dalam pinggan tu, hahaha.


Setiap set lauk tadi datang bersama ulam dan sambal tempoyak. Kalau nak sambal belacan, kena tambah RM5. Sambal belacan pedas dan sedap gilos!


Ikan pekasam ni set dengan Daging Salai.


Dua beranak ni pertama kali cuba makan tempoyak. Iman dah biasa makan gulai tempoyak cuma sambal tempoyak tu pertama kali.


Masakannya mungkin mahal tapi berbaloi la dengan suasana yang dipersembahkan. Tak hairanlah JTS ni menjadi tumpuan dan tular di media sosial. Untuk singgah sekali sekala tu apa salahnya. Ni pun entah bila lagi agaknya nak sampai ke Kuantan, hihihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kami duduk Kuantan tapi last sekali pergi lebih setahun lepas. Sedap menu tapi harganya mmg boleh tahan. Deko cantik, retro gitu kan.

    ReplyDelete
  2. adik saya kalau pegi kuantan mesti mkn sini...kakak die tk pernh try lg sbb kami suami isteri tk mkn sgt ikan patin tp tula ada baca review harga kayangan tp kalo sesekali okla

    ReplyDelete
  3. boleh tahan juga yer harganya.. tetapi kalau sedap insyaAllah akan repet lagi kan.. :D

    ReplyDelete
  4. Dari tempatnya saya pikir tak akan mahal. Krn kesannya rumahan dan oldies. Tapi ternyata memang premium harga yaa 😄😄. Tapi tak apa kalo sedap. Saya saja yg melihat langsung terliur lah kak , 😄

    ReplyDelete
  5. Fuhhh harga patin dia tu dasyatnya. Patin sungai agaknya mahal. Kalau patin sangkar tak mahal sangat.

    ReplyDelete
  6. alaaa lambat tahu akak datang Kuantan,kalau tahu awal boleh jumpa blogger JDT...
    biasanya orang dekat sini kalau dapat kepala patin tu paling heaven kak...haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!