Assalamualaikum WBT
MASIH rajin lagi memasak kelmarin. Pak Inche minta masakkan Sambal Tumis Ayam, itu makna beliau belum makan nasi siang. Iman kan cuti sebulan, jadi, adalah tukang rendam (defrost) ayam awal. Sk balik rumah tengok ayamnya dah lembut dan boleh diperap. Cuma perap dengan garam dan kunyit, tapi lepas maghrib baru goreng ayamnya.
Sk jarang ke pasar atau kedai beli barang masak, biasanya Pak Inche yang beli dan masukkan dalam bekas dan frozen-kan. Masa cuci dan nak perap, Sk tengok ayamnya dipotong kecik-kecik dan ada banyak ketul. Terus terlintas dalam fikiran untuk buat dua jenis masakan iaitu sambal tumis untuk Pak Inche dan
Ayam Panggang Kuali untuk Iman merangkap memenuhi selera sendiri.
Kaedah memasak kedua masakan ni hampir sama je cuma bezanya, sambal tumis kena masukkan gula, panggang kuali kena masukkan santan. Cili kisar dan bawang kisar untuk kedua masakan ini Sk tumis serentak bersama halia dan serai, kemudian bahagikan, sebahagiannya ditumis terus dan masukkan asam keping, garam dan gula manakala satu kuali lagi cuma masukkan asam keping bersama garam sahaja dan tambahkan santan kotak. Kemudian barulah masukkan ayam yang telah digoreng tiga suku masak di kedua-dua masakan dan direnihkan sehingga ayamnya masak sempurna.
Untuk Pak Inche kita tambahkan telur mata dan tuang kicap terus dalam kuali semasa telur mula membeku. Sekarang Pak Inche dah tak kisah tak ada ayam goreng jika masak sambal ayam tapi kalau masak kari, jangan tidak-tidak, mesti nak kena ada ayam goreng jugak 🤣. Iman, kalau dapat Ayam Panggang Kuali ni, memang tak pandanglah dia lauk sambal tumis tu 😋.
Ooo baru tahu beza die, kne letak santan
ReplyDeletetelur mata dan kicapp tu buat rasaa nk mkn nasi he hee
ReplyDeleteAyam panggang kuali…baru tau ada menu ni.
ReplyDeleteTelur tu menggoda sungguh la Sk!
-peminat telur 😄
Telur mata tu jalau ada mmg x pandang la lauk lain tu
ReplyDeleteSamalah kita, encik suami yang beli barang dapur biasanya. Hihi..kita tukang tulis senarai barang, simpan dan masak je lah. Rajin betul masak 2 lauk. Tapi kalau bahan sama dan olahan lain sikit memang rajin sikitlah kan.
ReplyDelete