Assalamualaikum WBT
DAH berapa hari macam seronok pulak tiap pagi sarapan biskut cicah kopi. Puncanya, ada banyak stok biskut kat rumah. Yang dari hamper ada, yang orang bagi pun ada, sekali tu macam eh, meh la kita cicah kopi lepas tu dah jadi ketagih, haha. Sekali cicah, bukan sekeping dua pulak tu. Ni hari ni baru habis biskutnya. Tapi, kat rumah ada lagi yang belum buka, suruh Iman bawa kolej pun dia tak nak.
Ni bukan kopi tapi Hot Choc. Konon biskut sihat perisa sayur bolehlah cicah air manis, hehe. Padahal...
Ni biskut manis ala soft cookies Marks & Spencer, cicah dalam kopi pahit nogula.
Makan kat Bubur Nasi No 1. Pesanan macam biasa, bubur sorang satu set dan sate tapi sate kami macam busuk. Yang bodohnya pasrah dan tak reti nak komplen situ. Sebenarnya, Iman pun makan situ jugak sebelum kami, dia datang dengan kawan dia dan order sate jugak, tapi sate dia elok la sedap macam biasa. Bukan rezeki kami la tu dapat sate tercemar, huhu.
Gambar awal bulan Jun, balik kerja hari ahad, singgah makan malam di Restoran Ainoni.
Pak Inche tapau makanan pasar malam Taman Teratai. Sk minta belikan Laksa Johor tapi tak ada, Laksa Penang pun boleh. Beli rojak petis dan popia basah. Siapa ada nampak popia basah kat Pasar malam Taman Teratai ni silalah beli, kami tak pernah miss beli, memang sedap di tekak kami.
Nasi Minyak Terengganu beli waktu sarapan tapi makan tengahari sebab ada beli Nasi Dagang jugak masa tu. Entry nasi dagang ada tapi malas nak buat entry nasi minyak, hahaha.
Masak steak. Masak sendiri tapi malas nak blog dah kenapa. Mungkin petanda nak kena pencen Blogger.
Teman PI balik bola lapar nak makan tosei kat Restoran Thoufeeq. Sk makan Roti Pisang cicah susu pekat, dappp!
Lunch makan Lontong yang baharu sahaja terjadi hari ni, hehehehe. Buat masa ni itu jer la dulu gambar yang malas buat entry khas. Dalam handphone ni selain gambar makanan, gambar dan video kucing pun banyak. Tu lagi pening nak buat entry, hihi.
jadi membazir bila sate busuk. mujur tak sakit perut yang dah termakan tu kan?
ReplyDeleteSteak buat sendiri tu menggodalah Sk 😋
ReplyDeleteKadang ada masa tu kita tengah malas, itu yang tak komplen. Pasrah je.
Malas-malas pun ada jugak entry ni hehehe...
ReplyDeleteMrs.A malas buat entry masih belum pulih huhu..
Ada ya portmerion color hijau 1st time tengok
laksa penang & rojak petis..yummy!!
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteterasa kenyang walau pun dapat tenguk gambar aje
Boleh relate sangat sbb galeri gambar dalam phone saya pun mcm tu jugak hihi. Lepas dah buat entry baru boleh delete gambar2 makanan tapi gambar kucing sayang pulak nak delete ðŸ¤
ReplyDeletelama tk mkn bubur nasi ...sedap tu
ReplyDeleteAlhamdulillah kenyang menjamu mata ahak 😆
ReplyDeleteMata tersekat dulu di biskut cicah kopi.
ReplyDeleteYang di bawah2 tu ohh sedap sungguh semuanya. Seronok jamu mata tengok makanan semua ni. Terapi.
Meriahnya makanan
ReplyDeleteLagi jenuh berarti kak. Rehat dulu supaya pikiran balik fresh 😄. Saya pun kalo jenuh, memang tak bisa menulis. Mood hilang. Hrs rehat, melakukan hobi yg lain dulu
ReplyDeleteAllahu... ada pulak sate busuk!
ReplyDeleteLaksa Penang tu nampak sodaplah pulak.