MAKAN DI LUBOOK MAKANKING SOHOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 




DALAM perjalanan pulang dari Shah Alam, singgah makan di Dengkil untuk makan tengahari. Pak Inche kata, dekat sini ada bakar-bakar!


Pesanan minuman buat sendiri di kaunter kemudian boleh terus ambil. Kalau yang pesan banyak-banyak, ada juga staf yang baik hati tolong hantarkan ke meja.



Tak ada staf yang datang meja ke meja catat harga makanan kita. Sk haruslah ambil gambar sebelum makan dan tunjukkan gambar makanan ketika hendak membuat pembayaran di kaunter juruwang. Ramai juga pelanggan gunakan teknik ambil gambar dan tunjuk pada juruwang, lebih mudah berbanding nak sebut semula jenis-jenis makanan dan lauk yang kita ambil.




Pilihan Sk, Ulam Jantung Pisang Sambal Belacan dan Masak Lemak Pisang Muda. Power giler ah sambal belacan kat sini. Sayur pisangnya tu jenis pisang kontot-kontot tu. PI tanya, boleh eh pisang buat masak macam tu? Dia lupa la kot kali pertama dia datang makan malam rumah Sk, ibu masakkan lauk macam ni, sebab katanya suka makan lauk kampung. Terus-terang ajelah awak suka makan kari, mesti ibu masakkan kari paling sedap dalam dunia hari tu.  



Beberapa hari sebelum tu, Sk ada cakap dengan PI teringin nak makan Sotong Bakar seekor yang kelar-kelar macam ni. Bila nampak jer, cepat-cepat tunjuk dengan PI, sekor ni RM20. Piring satu lagi tu, usus dan Perut bakar style Kelantan. Rasa dia macam sate sikit. Harga tak tahu berapa sepiring tu, semua sekali kena namploh hengget! 


Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak ikut cara SK lah. Amik gambar, pastu tunjuk di kaunter waktu nak bayar. Senang cerita.

    ReplyDelete
  2. aah ek..snap je gambar. selalu ammi beriya gamit adik kedai mintak kira sebelum makan.

    sotong kelar gitu ammi panggil sotong gedik ahakss

    ReplyDelete
  3. Tempting tengok sotong bakar tu. Senang teknik ambil gambar tu dari nak sebut satu-satu. Kadang ambil masa nak ingat. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!