MEE GORENG 10 MUHARAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 



MEE Goreng pemberian Arif dan Huda sempena Hari Asyura semalam. Rasa mee goreng tu betul-betul mengingatkan pada rasa mee goreng kantin sekolah, macam mana eh nak jadikan rasa mee goreng macam tu. Selain tu, ada juga udang, ayam goreng dan sambal telur puyuh. Pak Inche singgah beli burger daging. Itu saja dinner semalam, tak keluar. Yang best lepas makan tinggal cuci garfu, yang lain semua campak dalam tong sampah. Dapatlah berehat sebab kerja minggu ni agak penat. 

Bulan Julai ni memang padat dengan aktiviti walaupun hujung minggu sampai dah tak rasa yang mana hari ahad, yang mana hari Jumaat, hahaha. Hari ni dah hari rabu pun rasa macam bukan padahal esok dah Khamis, Jumaat cuti tapi nampaknya sudah ada agenda yang menanti. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan oleh-Nya. Ialah, kita ni bukan hidup untuk diri sendiri aje, takkan nak duduk memerap. Memerap pun lagi penat, lagi sakit badan, huhuhuhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masa sekolah dulu, mee goreng masuk dalam plastik lepas tu gunting bucu plastik, makan terus mee tu.

    ReplyDelete
  2. Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
    Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

    ReplyDelete
  3. SA pun mencari mee goreng yang macam tu...xde dan x jumpa la..caner masak rasa macam mee goreng kantin sekolah agaknya...

    ReplyDelete
  4. 10 muharam wak makan bubur lanbuk seharian.
    Masjid buat,surau pun buat

    ReplyDelete
  5. Saya langsung ingat mee goreng mamak langganan saya di Penang 😍😍😍. Rindu pula nak makan itu

    ReplyDelete
  6. Betul SK. Hidup bermasyarakat tak bolehlah duduk memerap. Seminggu dua ini saya pun sibuk, banyak mesyuarat dan program di tempat kerja. Itu tak termasuk urusan keluarga di kampung Encik Suami, kenduri ya dan macam-macam lagi. Kalau boleh belah dua, memang nak bahagi badan sebelah ke sini, sebelah ke sana.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!