Assalamualaikum WBT
KISAH dua minggu sudah, Sk dan Pak Inche kebuntuan mencari tempat untuk makan malam. Nak makan yang simple jer tapi tak tahu hala nak dituju dan dah keluar ke jalan besar Pontian menghala ke JB. Sk mencadangkan agar kami ke Restoran Generasi Wak Radol yang baharu dibuka di Bandar Baru Kangkar Pulai. Sebelum ni Sk pernah cerita makan di Mini Wak Radol di Kangkar Pulai dan Rangkaian Wak Radol di Taman Sri Skudai. Rangkaian Wak Radol tu dah tutup, tak tahu kenapa.
PI makan Mee Rebus, Sk makan Mee Bandung. Tak makan sate macam selalu sebab PI kata dorang bakar guna api gas, tak sedap. Tapi tu takpa, mee bandung dan mee rebus pun dua-dua tak sedap, tak rasa yang asli. Macam dah diubah resepi asalnya.
Lepas membandung, kami ke Mrs Lok Lok di Taman Teratai. Selalu nak meloklok di sini tapi selalu tu dah kenyang. Kalau semata-mata nak meloklok nanti tak kenyang pulak, hehehe. Dekat sini pesanan dibuat secara layan diri, pilih Lok Lok dan bawa ke kaunter, nyatakan sama ada nak rebus atau goreng. Nanti dia bagi gajet yang akan berbunyi bila Lok Lok kita telah siap. Pilih sos sendiri dan baaaanyak betul pilihannya tapi dia bagi tiga bekas aje, tak tahulah kalau minta extra kena caj ke tidak, hehehe.
Pilih punya pilih ada 15 cucuk. Selain dari Lok Lok ada juga makanan lain seperti nasi lemak dan asam pedas. Minuman juga pelbagai dari minuman panas, sejuk dan kopi viral. Suasana ruang makan di perkarangan Mrs Lok Lok ni agak romantik sebab dihiasi mentol-mentol bergantungan membuat rasa nak duduk lama-lama 😄.
Alahai...failed la Mee rebus ngan Mee bandung erk...mrs lok lok tu nampak macam menarik...nanti nak suruh Haidy bawakkan la...
ReplyDeleteHaisssh sayangnya kedua mee tak sedap pula yaaa. Beda chef saya rasa 😄😅. Jadi rasa dan recipe berubah.
ReplyDeleteLok lok lucu juga namanya. JD ingat aplikasi menonton film loklok ðŸ¤