NASI LEMAK & MIHUN SUP CHINESE STYLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


ADA masa malas nak masak, malas jugak nak keluar, jadi terpaksa jugaklah memasak. Kadang, malas nak keluar tapi lagi malas nak masak, terpaksa jugak keluar. Kadang terpaksa keluar sebab buntu apa nak masak, hahahaha.. begitulahhhh. 

Malas ni memang satu penyakit, kalau diikutkan malas, satu kerja pun tak menjadi. Malas jugak boleh buat bergaduh laki-bini. Sk suka baca luahan perasaan di IIUMC (FB Page), malas la jadi punca rumahtangga bergolak nak-nak pulak bila pihak satu lagi dah mula hilang sabar dengan sikap malas pasangan. Malas nak kemas rumah, malas nak jaga anak, malas nak buang sampah, malas cuci tandas, yang malas mandi pun ada ya, hahahah.. dah kahwin baru tahu orang yang kita gila-gilakan dulu rupanya malas mandi padahal masa bercinta dulu, bukan main lawa dan wangi bila jumpa, hahahaha.




Masak Nasi Lemak atas permintaan PI semasa cuti Awal Muharam baru-baru ni. Hari ni dah 11 Muharam, cerita 11 hari lepas, la kan. Sk nak makan dengan Sambal Udang tapi PI nak sambal kosong, hurmmm. PI kata, kalau nak makan dengan udang, buatlah Udang Goreng Kunyit. Ah.. malas! Memang nasi lemak sambal kosong ajelah, dengan telur lenggang. Telur lenggang tu, malas-malas pun tetap kena buat, tapi kalau malas sangat, suruh aje PI melenggang sendiri, hehehe.




Sehari sebelumnya, PI nak makan Mihun Sup Chinese Style. Siang tu,  Makan Kenduri Kak Zila Blogger dan malam tu ada siaran langsung liga jadi tu yang tak keluar makan. Sk koreklah harta karun dalam esbox cari apa yang sesuai nak campak dalam Mihun Sup, hehehehe. Jumpalah fish cake dan tauhu kering berinti, semua Sk masukkan dalam sup.



Selain tu, jumpa pulak Dumpling Udang zaman bila punya tataw ada lima ketul. Mungkin Iman punya ni, dia dah lama tak balik bermalam kan, jadi memang dah lama la, Sk defrost kemudian goreng dengan minyak sedikit.



Masukkan jugaklah udang PI beli kat pasar tani. Kami memang dah lama tak ke pasar atau hypermarket, selalu PI yang akan pergi ke pasar tani hari ahad. Nak suruh beli bawang, lada, halia, bagitahu siap-siap dalam whatsapp. Dah lama sangat rasanya tak tolak troli penuh barang, hahahaha. Beras pun beli kat pasaraya kecik kawasan taman aje, lagi jimat. Sebabnya kalau belanja kat hypermarket, dari nak belanja RM50, jadi RM500, huwa huwa huwaaa.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Versatile sungguh dapur SK ye hehe

    ReplyDelete
  2. Memamg penyakit Kak malas ni.. tapi malas mandi tu memang penyakit gakk hahahahaha ..

    Lama tak buat nasi lemak..

    ReplyDelete
  3. Suami ammi pun sejak kami tinggal ber3 semakin kerap dia malas masak. Asal petang je dia up soalan “nak sy order apa”?

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup tu...SA tekak skrg nak makan sup2 je la...

    ReplyDelete
  5. mihun sup chicnese style suka juga..besar udang tu

    ReplyDelete
  6. Selalu sukaaa liat kak SK masak. Nampak tempting semua 🤤🤤. Malas tuh memang penyakit. Saya pun terkadang muncul malas. Tp biasanya berhubungan dengan masak. Krn bukan hobi saya juga utk masak hahahahha. JD lebih sering masak seadanya saja lah. 🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!