Assalamualaikum WBT
SK ada cerita, kan.. minggu lepas, Sk dan PI ambil cuti dari hari rabu sampai Jumaat dan kami ke utara. Jadi, selepas bersarapan di Medan Selera Stadium Ipoh, kami pun meneruskan perjalanan. PI dah buat tempahan hotel di Pulau Pinang tapi, oleh kerana waktu untuk daftar masuk hotel lambat lagi, PI mencadangkan agar kami ke Kuala Ketil dahulu jenguk kak. Sengaja tak telefon kak, terus mai terjah, tapi tu la, kak tak dak rumah. Padan muka, hang! Hahahaha.
Dan dan pulak tu, dah nak masuk waktu makan tengahari, perut pun mula la berkeroncong, maka, memang ke sinilah kami tuju, Hashim Ikan Bakar yang terletak di sebelah SMK Kuala Ketil.
Pelanggan belum ramai, Sk dan PI terus pilih lauk. Ikan termenung bakar tu pilihan PI dan Sk memang pilih ikan caru la sebab besar, hihi. Lepas tu ambil air asam, sambal belacan dan ulam.
Dekat nasi macam biasalah, PI curah kuah kari, ambil sikit sawi pak choy dan kerabu taugeh. PI kata, dah ambil sayur baru perasan ada kerabu. Sk pulak ambil sulur keladi masak asam, lama tak makan. Angah jer pandai masak lauk ni. Dulu-dulu, dia la dengan Along ibu suruh siang sulur keladi ni. Tapi, bukanlah besar-besar macam ni, kurus-kurus jer.
Wajib bagi PI ambil sup.. tu haaa mangkuk hujung atas. Sup sedap panas-panas, dagingnya pun empuk.
Dekat sini mudah, kita datang pilih lauk, duduk kat meja, nanti ada staf datang kira harga makanan. Pesanan minuman pun ada staf yang ambil. Habis makan baru bayar, penuh rasa kepercayaan pada pelanggan. Kadang, ada beberapa tempat Sk pergi, dahlah kita ambil makanan sendiri, minuman sendiri, lepas tu nak bawa semuanya tu kat kaunter, tunjuk kat cashier dan bayar, kemudian baru nak cari meja. Entahlah, agaknya zaman sekarang ramai no manusia tak takut makan tak bayar. Tu yang terpaksa ambil duit dulu baru dibenarkan makan, hihihi.
Kecur tengok ikan-ikan bakar tu. Cicah air asam pulak tu. Eh sedapnya sulur keladi masak asam. Tapi saya suka lagi kalau ada keladinya sekali. Susah dah nak jumpa lauk tu kan. Senang macam tu dia kira kat meja. Tak suka jenis kena bawa semua ke kaunter tu, leceh jadinya. Kalau nak ambil itu ini tak cukup tangan. huhu...
ReplyDeleteBeria saya kira total bill...ampun...
ReplyDeleteAduhhh...sedap betul lauk pauk kat sana...sulur keladi antara lauk yang x sempat nak buatkan untuk arwah mak dulu....dan kebetulan memang dia x leh makan...patut kedai- kedai makan ni kena kira kat meja macam ni...senang....SA pun x suka nak kena bawak semua pi kaunter, bayar lepas tu baru nak cari meja..
ReplyDeleteMeriahnya lauk! Entah bila nak lalu Kola Ketil pulak. Dulu selalu lalu situ sbb kakak PH duduk area situ². Skrg dah pindah dekat² pekan Baling.
ReplyDeletePH suka kalau staff datang kira dekat meja sbb kami ni ramai 6 beranak. Ada yg ambil nasi dulu, ada yg tunggu meja. Jenuh juga nak usung satu² bawa ke kaunter hihi...
Sedap2 pulak nampak makanannya tu. Ikan bakar ratah gitu pun sedap cicah air asam.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteSedap nampak ikan bakar tu