MAKAN NASI KANDAR IMIGRESEN & MEE REBUS ANUAR KUAH KETAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI kedua di Bertam Resort Penang,  petang tu PI ajak masuk pulau, makan nasi kandar. Sk set waze Nasi Kandar Kampung Melayu, dalam waze kata tutup. Tak tahulah, memang tutup hari Khamis ke atau tutup rehat. Sebab dulu-dulu, memang dia tutup rehat, pukul 4.30 petang baru buka. Jadinya, kami ke Nasi Kandar Imigresen.



Ni kalau pergi weekend, tak pernah tak beratur ya. Agaknya masa kami datang ni dah habis lunch hour dan hari bekerja, terus dah boleh ambil nasinya. Tapi lepas kami jugak tu, ada jugaklah yang baru sampai, cuma taklah Q panjang.


Makan nasi kandar, lauk kubis is must.


Ambil lauk sotong, kuah campur, banjirrrr, baru surrrr. Dekat NKI ni last sekali dia akan bagi bawang goreng. Bawang besar tu dia goreng sampai berkaremel, rasa dia pahit-pahit manis.



Nasi Kandar Imigresen merupakan antara nasi kandar tertua dan terkenal di Pulau Pinang. Dulu meniaga depan pejabat Imigresen, itulah sejarah bagaimana ia mendapat nama.


Papadom jangan dilupakan.


Ayam goreng dia merah macam ayam masala, selalu rasa tak macam tu rupa ayam goreng dia.


Kami duduk di gerai mamak. Boleh pesan minuman di sini. Sk ambil sotong dua ekor, terung dan kubis. Tak nampak dah terung dan kubis kena hempap bawang goreng.


Teruih lupa bini ya mamuuuu. PI ambil lauk kubis dan ayam goreng serta telur rebus. Total, RM39. 


Lepas tu, PI ajak PI Queensbay Mall. Lama tak pi sini. Dulu masa Iman kecik, kalau balik raya, kami shopping baju kat sini, padahal kat Joho pun dah beli baju. Tapi, shopping baju Iman jer la, t-shirts dan seluar jean. Tapi sekarang, macam dah tak ada apa nak beli kat sini.


Dapat parking atas tingkat 4 kot, jadi lalu kat Food Court. Terasa nak minum Juice.


Rasa dah lama tak jalan dalam food court mall.


Sk ambil mix Juice, PI ambil pineapple Juice. Jus PI lagi sedap walau lagi murah, jus Sk tu rasa pisang padahal ada strawberry dan blueberry.


Masa atas jambatan nak balik ke tanah besar, Ya Allah, dia punya mengantuk tak boleh bawa bincang ya, dengan PI nya pun sama. Sk tutup mata jer, tak peduli dah PI tu menguap entah berapa kali. Nak tukar memandu pun nak berhenti kat mana? Dah turun jambatan, PI kata, nak makan Mee Kuah Ketam, kat Johor takde dia kata.


Aaaa.. makanlahhhh. Sk tak larat nak buka mata, mata rasa berpasir. Sk jamah kuah jer sikit, tu pun rasa tak boleh masuk. Tu la tu, tapau burger untuk makan malam. Gerai burger tu pun sebelah jer dengan gerai mee kuah ketam ni. Pelanggan tak putus-putus ya, tak berhenti tauke dia buat mee kuah ketam. Yang bungkus lain, yang makan lain, macam ketam dah tangan tauke mee ni, hahahahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Inilah entry yang kiter tunggu2, nasi kandar...pergh...teliur ha...lama SA x makan nasi kandar ni...sabar..abar..lepas bulan 8 kita makan semula ye...nak tengok keputusan platelet darah dan kolestrol dulu...mee kuah ketam tu rasa apa SK?kuah tu dari isi ketam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air rebusan ketam tu, okeylah rasa dia, nak kata sedap sangat tu ikut citarasa masing-masing kot.

      Delete
  2. Fuhh..barulah surrr. Mak aihh dia punya JJCM habis semua diserbu. hihi..Alang-alang dah jauh ke utara nun kan. Alasan je tu Johor takde. kikiki...
    Mi kuah ketam dia dihidangkan macam hidangan mi bandung. Bukan dalam mangkuk. Okaylah tu PI buat rasa-rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, padahal dalam setahun berkali2 dah pergi Penang, tetap nak lengkapkan setiap kali datang, hihi.

      Delete
  3. Ahhh sudah! Godaan mee rebus kuah ketam pulak dah.
    Ooo ada rupanya geng tak tahan ngantuk. Kita kalau dah ngantuk, memang terus mimpi masuk syurga hihihii.

    ReplyDelete
  4. NKI ni pernah makan, memang surrrr... Aduh lapaq pulak ni... Smlm dah makan NK dekat SG ni, tapi mana boleh lawan Penang punya kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!