SARAPAN DI MEDAN SELERA STADIUM IPOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini Sk dan PI pakat-pakat ambil cuti. Bukan sehari, bukan dua hari, tapi tiga hari, dari rabu sampai Jumaat ko!



Know-know dah sampai utara dan pagi ni kami bersarapan di Medan Selera Stadium Ipoh yang pernah Sk ceritakan DI SINI semata-mata nak makan Nasi Lemak Daun Pisang dan roti canai.


Nasi lemak seorang sebungkus dan sekeping roti canai.


Kami duduk depan gerai ni, nampak pulak ada menu mee wantan. Menu-menu dia macam menu Kopitiam, ada roti bakar dan roti titab.


Gerai nasi lemak dan roti canai kat sebelah. Nama gerai, Fuad Roti Canai. Ada juga lontong dan nasi berlauk.


Roti canai lembut makan dengan kuah dhal.


Mee Wantan sedap. Dia guna mee wantan tapi letak tauhu kering berinti. Sup dia tu rasa ikan bilis.


Ada kelainan mee wantannya dengan mee wantan yang pernah Sk makan sebelum-sebelum ni. Kalau datang Ipoh lagi, kena repeat!


Eh eh.. ni memang repeat betul kejadian balik Kedah akhir tahun lepas termasuklah transit di Golden Roof Hotel, Ipoh. Siap singgah Tapah jugak, PI makan nasi lemak, hahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnyaaaa....suka ipoh banyak tempat makan & tenang jerk rasa

    ReplyDelete
  2. Wah syoknya cuti weekdays. Selamat bercuti Mak Inche' dan Pak Inche'. enjoy! Saya pun tergoda dengan mi wantannya tu. Ibarat deja vu gitu eh.

    ReplyDelete
  3. Lama cuti tu...
    Roti canai nampak lembut elok. Sedapnya

    ReplyDelete
  4. Syoknya cuti 3 hari + weekends 5 hari cuti. Jjcm kemain jauh sampai utara tu.

    ReplyDelete
  5. Hohooo... memang pilihan menu tepat untuk sarapan!
    Selamat bercuti tiga hari SK. Enjoy.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!