Assalamualaikum WBT
HARI ini Sk dan PI pakat-pakat ambil cuti. Bukan sehari, bukan dua hari, tapi tiga hari, dari rabu sampai Jumaat ko!
Know-know dah sampai utara dan pagi ni kami bersarapan di Medan Selera Stadium Ipoh yang pernah Sk ceritakan DI SINI semata-mata nak makan Nasi Lemak Daun Pisang dan roti canai.
Nasi lemak seorang sebungkus dan sekeping roti canai.
Kami duduk depan gerai ni, nampak pulak ada menu mee wantan. Menu-menu dia macam menu Kopitiam, ada roti bakar dan roti titab.
Gerai nasi lemak dan roti canai kat sebelah. Nama gerai, Fuad Roti Canai. Ada juga lontong dan nasi berlauk.
Roti canai lembut makan dengan kuah dhal.
Mee Wantan sedap. Dia guna mee wantan tapi letak tauhu kering berinti. Sup dia tu rasa ikan bilis.
Ada kelainan mee wantannya dengan mee wantan yang pernah Sk makan sebelum-sebelum ni. Kalau datang Ipoh lagi, kena repeat!
Eh eh.. ni memang repeat betul kejadian balik Kedah akhir tahun lepas termasuklah transit di Golden Roof Hotel, Ipoh. Siap singgah Tapah jugak, PI makan nasi lemak, hahaha.
sedapnyaaaa....suka ipoh banyak tempat makan & tenang jerk rasa
ReplyDeleteWah syoknya cuti weekdays. Selamat bercuti Mak Inche' dan Pak Inche'. enjoy! Saya pun tergoda dengan mi wantannya tu. Ibarat deja vu gitu eh.
ReplyDeleteLama cuti tu...
ReplyDeleteRoti canai nampak lembut elok. Sedapnya
Syoknya cuti 3 hari + weekends 5 hari cuti. Jjcm kemain jauh sampai utara tu.
ReplyDeleteHohooo... memang pilihan menu tepat untuk sarapan!
ReplyDeleteSelamat bercuti tiga hari SK. Enjoy.