Assalamualaikum WBT
HARI ini dah masuk hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadan. Sepanjang puasa kali ni, kebanyakan harinya Sk memasak untuk berbuka. PI macam biasalah, akan beli kuih-muih di bazar. Kalau hari bekerja, PI pergi seorang, kalau hujung minggu, PI pergi dengan Iman. Dua beranak tu kalau dah bergabung, mantap betul ya. Cuma kali ni PI dah tak beli lauk-pauk banyak-banyak macam dulu. Dah insof sikit kot, tapi kuih-kuih talam memang jarang miss la. Kuih Seri Muka tu boleh dikatakan hampir setiap hari ada. Dah tak makan saman dah bab beli kuih ni, biarkan jer la, hihihi.
Cerita hari sabtu, 17 Ramadan, kami berbuka nasi Arab di Restoran Nur Laila, Taman Setia Tropika. Pilih berbuka di SINI sebab ada pilihan menu ala carte.
Kami pilih set hidangan dulang. Dekat sini saiz dulang dia boleh ikut berapa orang kita nak, untuk dua orang boleh, tiga orang boleh, empat orang boleh, lima orang pun boleh. Setiap set dulang ni ada empat jenis nasi iaitu nasi arab, nasi mandi, nasi beriani dan nasi pulao (Afghanistan). Lauk-pauknya ada ikan, ayam dan kambing. Kemudian ada tambahan butter naan dan dhaal, chicken kebab, soup dan sauce serta salad. Set ni juga datang bersama minuman dan free refills ya untuk minuman, salad, sos dan sup.
Ambil set dulang empat orang sebanyak 3 set.
Alhamdulillah, sedap. Dulu pernah makan set dulang macam ni dengan kawan-kawan di sini juga, Kak Imah belanja. Tu la yang rasa nak repeat. Boleh baca link di bawah
Sebelum berbuka kita berfoto dulu.
Sikit lagi nak masuk waktu berbuka. Cuma tu la, meja tu sempit sikit, nak request lagi satu meja hujung tu dah laluan pulak.
Selain nasi, ambil jugak Mix Grill Platter ni tiga set untuk 3 orang makan. Tapi, ni Sk lupa snap pic sebenar.
Cikwa dan Indah balik sebab sebelum raya Cik Ani dah balik kampung. Nanti tak sempat buka bersama untuk tahun ini.
Burppp.. Alhamdulillah.. Syukurrrrrr.
ALhamdulillah, syukur dapat berbuka beramai- ramai..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSambil berbuka dapat mengeratkan ukhuwah.