Assalamualaikum WBT
TENGAHARI tadi terkejut baca whatsapp dari bos dalam grup besar, bekas rakan sekerja kami, Ali, baru sahaja disahkan mengidap kanser sarcoma tahap 4. Symptomnya, migrain hampir sebulan dan bila dibuat pemeriksaan mendalam pada awal bulan Julai lepas, didapati ada ketulan-ketulan dalam kepala. Dan semalam, baru dapat keputusan yang ketulan-ketulan itu adalah kanser dan tak sangka dah tahap 4. Begitu cepatnya kanser merebak. Ali masih muda dan anaknya pun masih kecil lagi. Sedihnya, semoga Ali dan isterinya tabah dengan ujian ini. Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan beliau dan dipermudahkan segala urusan rawatannya.
Baiklah, kali ini ole-ole dari selatan membawakan pembaca ke Restoran Sang Gerai yang terletak di Bandar Baru Uda. Restoran ini dulu dikenali sebagai Grand Chicken Rice dan kini bertukar menggunakan nama Sang Gerai. Unik nama baru pilihan mereka. Sk tak pasti sebenarnya, pemilik yang sama atau sudah bertukar pengurusan sebab kebanyakan menunya sama.
Antara penyebab Iman suka nak makan nasi ayam kat sini sebab sambalnya free flow atas meja. Ada jer tempat lain yang bagi sambal free flow tapi sekejap-sekejap kena minta, tu segannnn.
Memang tujuannya datang ni nak makan nasi ayam. Kami ambil set kombo nasi ayam yang mengandungi nasi ayam, taugeh, pie tee dan minuman.
Minuman tu kami pilih Teh O Ais. SK lupa la pilihan minuman yang lain untuk set kombo ni. Harga tak silap, RM18.80. Resit dah campak mana tah, heheh.
Tiada salad, cuma ada dua hiris timun, sehiris tomato. Nasi tu banyak jugak semangkuk, ngam portion makan seorang. Kalau yang tak kuat makan tu mungkin tak habis kot. Dalam sup ada dua ketul wantan. Makan letak sambal banyak, memang kick la, rasa nak repeat bila-bila masa nanti cuma dekat sini agak sukar nak dapat parkir, tu la tu kadang berfikir panjang nak datang kawasan ni.
Iman kata, lama tak makan nasi ayam dengan taugeh. Ialah, tiba terfikir, Sk selalu masak nasi ayam, tak pernah terfikir nak tambah sayur taugeh dalam hidangan. Tapi, nak sediakan nasi ayam ni penat, tak mo la tambah penat lagi nak masak taugeh pulak. Kalau nak makan macam ni makan kat kedai aje la yang senang, betul tak?
Nasi Ayam Malaysia.
Tiba-tiba terfikir pulak, nasi ayam berasal dari negara mana, jom kita tanya pakcik google.
Jawapan: Nasi ayam berasaskan Nasi ayam Hainan berasal dari wilayah Hainan, China (terutamanya dari bandar Wenchang yang terkenal dengan ayam Wenchang).Walau bagaimanapun, bentuk hidangan nasi ayam lengkap dengan nasi berminyak, sup, dan sos cili seperti yang kita kenal hari ini telah diubah suai dan dipopularkan oleh masyarakat perantau Hainan di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan Singapura.
Asal Usul dan Perkembangan
Akar Umbi di China: Berasal daripada hidangan tradisional ayam Wenchang di Pulau Hainan.
Evolusi di Asia Tenggara: Pendatang dari Hainan membawa resipi ini pada abad ke-20 dan mengubah suainya mengikut citarasa tempatan di Tanah Melayu dan Singapura.
Populariti Serantau: Ia kini menjadi hidangan ikonik yang sangat digemari di Malaysia, Singapura dan Thailand.








Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih