Assalamualaikum WBT
6 Mei 2026, Sk dan Iman pergi makan di Restoran Tea Garden cawangan Eco Botanic. Iman dari pejabatnya di Iskandar Puteri manakala Sk datang dari Tampoi, Iman sampai dulu, tunggu dalam kereta. Sk sampai tak lama kemudian. Dari Tampoi ke Eco Botanic ni ikut highway, laju-laju sampai. Kalaulah duit melambak-lambak tak pakai, nak aje beli rumah sebijik kat Eco Botanic tu tau. Dahlah rumah dia besar-besar dan lawa-lawa. Tapi, apakan daya, beli rumah bukan pakai tunjuk-tunjuk. Tak ada gaji 5 angka, jangan mimpi, hihihi.
Belek-belek menu. Ini antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan Tea Garden iaitu Rojak, Nasi Goreng dan Char Kway Goreng.
Kek Lobak Goreng pun ada. Ni kegemaran Sk, tapi tujuan ke sini nak makan benda lain. Jadi, pesan jugak ni tapi take away, hehe.
Radish Cake dan Yum Cake. Radish tu lobak putih, yum tu keladi.
Menu FOMO di Tea Garden. Nak.. tapi risau tak kena dengan tekak, Sk suka savoury, tak suka ubi makan dengan benda manis, nanti macam ada rasa pening-pening, hihi.
Laksa Johor ni la yang nak sangat makan, ramai kata Laksa Johor Tea Garden sedap.
Tiga pilihan laksa di Tea Garden iaitu Laksa Johor, Laksa Mee Kari dan Assam Laksa.
Selain tu Soto Ayam dan Lontong yang merupakan makanan tradisi Johor pun ada. Boleh dikatakan menu-menunya aunthentic Johor, kan. Semoga rasa dia tak mengecewakan dan tolong jangan buat malu orang Johor ya Tea Garden.
Menarik sungguh gambar ABC dia.
Pelbagai pilihan dessert hangat.
Cawangan Tea Garden ni dah banyak ya sekarang, yang penting ada pengesahan halal JAKIM.
Char Kway pilihan Iman. Ni macam kuey teow la tapi bentuk dia dadu tebal dan panjang. Ia datang dengan sos cili homemade tu, makan sikit sedap, makan banyak muak. Mungkin sebab ada rasa soy sauce yang agak kuat dan masin. Iman pulak tak suka kicap. Sk nak jugak cuba tolong habiskan tapi tak mampu la, muak sangat. Bagi Sk ia lebih sesuai sebagai pembuka selera yang dikongsi. Sebab tu la agaknya portion dia pun tak besar sangat, harga pun baru RM10.90.
Punyalah craving nak makan Laksa Johor di kedai. Lalu-lalang di thread ramai yang kata sedap sangat Laksa Johor Tea Garden, kita pun nak cuba, tapi bila ia dihidang jer terus rasa down. Dahlah kuahnya minyak berladung, condiments Laksa Johor pun dia main belasah, hahaha. Mujurlah mood Sk okey ya masa tu, kalau tak memang rasa nak hantar balik ke dapur sebab dia dah merosakkan identiti Laksa Johor. Ni la punca orang yang tak pernah makan LJ nanti kutuk laksa kita. Sambal belacan dia pulak, sambal ayam penyet. Memang bukan Laksa Johor la macam ni.
Tak tahu nak komplen macam mana. Meroyan dekat blog ajelah.
Kabur, kan gambar ni, ni sebab airmata berlinangan, haha. Ni belum makan lagi ni, nak makan pun ghisauuuuu. Bila dah makan memang kecewa rasa.
Tauhu Ceduk atau Taufufa. Yang ni sedap la, tak ada rasa jelly atau rasa ubat yang pelik. Lembut dan lemak jer rasa soyanya.
Posing lagi, entah bila la nak makannya tuuu ek.
Three Layers Tea Kaw, tapi kena lapis sendiri, salah teknik tak jadilah tiga layer. Atas kaunter tergantung tv yang memaparkan cara untuk melapis teh agar menjadi tiga layer tapi dah tuang-tuang baru perasan ada demonstrasi tu, hahaha.
Masa mula-mula order, keliru sebenarnya beza antara char kway dan radish cake sebab rupa dia sama. Aaa... yang Sk take away tu, SK panaskan untuk bekal sarapan ke pejabat, sama la, muak jugak, rasa kicap. Susah la nak jumpa yang sedap ya, yang jual kat pasar-pasar malam tu tak boleh beli la kan. Dulu, ada pakcik melayu sorang jual kat pasar malam Senai, dah lama tak beli dan tak pergi sana pun.
Aaaa.. Iman tak nak makan Char Kway dia ya, dia tolong habiskan LJ, Sk. Sk pulak tak habis LJ tu, makan Char Kway Iman. Sambal belacan yang rasa sambal nasi ayam penyet tu memang tak gaul.






















Merah menyala kuah laksa johor dia dah macam kuah mi kari pulak tu. Sayang la merosakkan identiti LJ tu.
ReplyDelete