PULUT KUNING RENDANG AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 




ALHAMDULILLAH, terlaksana sudah niat di hati nak buat Pulut Kuning tanda kesyukuran, Iman akan menamatkan pengajian ijazah dalam bidang Human Resources di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, InsyaAllah, bulan depan. Sekarang ni, Iman masih menjalani internship. Untuk kursus Iman ni, selesai internship dah tak perlu balik ke U, terus habis dan InsyaAllah akan konvo tahun ini jugak. 




SK ambil cuti untuk buat Pulut Kuning ni. Biasanya orang buat Pulut Kuning rendam pulutnya malam, tapi Sk rendam awal pagi, sebab plan nak mula mengukus tengahari. Buat tiga kilo pulut sahaja, rendam dengan dua sudu serbuk kunyit dan dua asam keping. Tak cukup kuning pulutnya, lain kali kalau nak buat, sekilo pulut kena letak sesudu serbuk kunyit la baru jadi kuning betul. 



Nak buat Pulut Kuning ni, Sk siap beli alas silikon khas dari TT untuk mengalas pengukus supaya pulut tidak melekat pada pengukus sehingga berlaku pembaziran pulut. Memang betullah, tak ada lagi kejadian pulut melekat pada pengukus.


Lepas tu, cari acuan bentuk bunga untuk tekap pulut, puassss cari tak jumpa. Tengok ramai yang share beli di shopee tapi Sk tak jumpa pulak. Last-last beli dekat TT jugak la acuan agar-agar ni, tapi macam kecik sangat, jadi gunalah acuan aluminum peninggalan ibu pada mulanya.



Sk guna pengukus elektrik jer. Ni periuk multi cooker, nak memasak boleh jugak dalam ni tapi Sk kerap guna sebagai pengukus jer. Besar jugak saiznya tapi tak muat pulak sekali masuk tiga kilo pulut. SK buat separuh-separuh tapi macam trip pertama ni terlebih separuhnya, hihi.




Untuk kukusan yang pertama, kukus selama 30 minit. Sementara mengukus 30 minit pertama ni boleh bancuh santan dengan garam dan gula. Ratio sukatan untuk 1 kg pulut ialah 500 ml santan (1 santan kotak 200ml + air 300ml). Bancuh santan dengan 1 tsp garam dan 2 tsp gula pasir). Lepas siap mengukus, aron pulut dengan santan sehingga rata, kemudian kukus semula selama 10 minit tanpa menutup pulut dengan tudung pengukus.



Susah pulak nak keluarkan pulut dari acuan aluminum, dah bunyi macam ada orang bertukang dekat dapur masa nak keluarkan pulut dari acuan aluminum tu, jadinya Sk guna la acuan agar-agar ni, ia plastik, senang nak keluar. Walaupun kecik, tapi boleh muat banyak jugak pulut, tekan padat-padatlah tapi.



Nak beli ayam awal, tapi macam leceh nak frozen dan defrost semula, jadi Sk buat keputusan beli ayam pagi di Econsave. Berangannya nak beli drumsticks semua, Alhamdulillah, ada. Sk beli 40 ketul, anggaran seketul bawah RM2. Ni pun kalau ikut malas, nak aje order ayam rendang siap masak dari Kak Sab, huhu.



Tumis dulu rempah rendang iaitu bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai yang dikisar. Dah terbit minyak, masukkan gula kabung, garam dan kerisek, akhirnya masukkan santan.


Lepas tu masukkan peha ayam. Kenapa pilih peha semua? Sebab tengok ramai orang suka peha ayam. Kat rumah ni pun peha ayam berebut, siapa dapat peha dia menang. Jadi Sk nak, bila mereka nampak jer dapat peha, terus happy ... Yeyyyy, dapat pehaaaaa!!! Aaa.. rendang ayam ni Sk masak dulu sebelum kukus pulut.



Sengaja buat rendang berkuah lebih. Ngam pulak buat 30 peket, dapat dua senduk kuah setiap peket. Lagi 10 ketul peha buat makan-makan kat rumah sebab malamnya Angah dan Cik Ani nak datang, hehehe. (Tu nanti kita blog lain eh).



30 peket Pulut Kuning Rendang Ayam, bagi random aje siapa yang jumpa petang tu antaranya jiran sebelah rumah, kawan kolej, anak-anak di asrama dan kawan pejabat PI. Hilang penat memasak bila 30 peket berjaya diagihkan. Nak masak beratus peket memang tak larat lagipun peralatan memasak tak cukup besar. Tu nasib baiklah kuali besar untuk merendang Angah punya tu memang letak kat rumah Sk.



Jiran balas bekas dengan Mihun Goreng. 

Huda belanja Zus pulak, susah-susah jer, Huda uiiii.

Syukur selalu.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA pun ada plan nak buat pulut kuning bulan depan..boleh la ikut cara SK ni...kena amik cuti jugak ni kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!