Assalamualaikum WBT
APABILA PI beritahu, hari ahad (semalam), dia ada bola (liputan perlawanan bolasepak di Stadium Sultan Ibrahim), Iman terus cakap, "Bonda, jom kita pergi makan itik dekat tempat lagi satu tu." Sk pun lupa dekat mana tempat yang diajak tu sebab idea lain pulak yang datang. Sk ajak Iman pilih sama ada nak makan Shabuyaki atau Yakiniku. Tak kisahlah pilih yang mana, masa PI tak ada ni bolehlah pergi, tahulah PI tu, nanti banyak songeh kalau pergi tempat macam ni.
Pukul 5 kami keluar menuju ke Restoran Yesss Yakiniku di Eco Botanic. PI belum pergi ke stadium lagi. Sayu jugak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah, ialah, kitorang kan selalu berkepit ke mana-mana kecuali kerja, ahaks! Sampai depan restoran, tengok panjangnya senarai menunggu. Staf beritahu, masa menunggu anggaran satu jam, dia suruh pergi jalan-jalan dulu. Nak jalan mana kalau kat Eco Botanic ni? Nak pergi Jaya Grocer, nanti merapu-rapu yang dibeli. Iman ajak mengopi dulu di Kafe Manzanita tidak jauh dari Yesss Yakiniku tapi berlainan bangunan la.
Ambil gambar menu ni dulu, nanti dekat Manzanita kononnya, boleh belek-belek dan plan siap-siap nak makan apo.
Lama tak pergi Kafe Manzanita, sistem pesanan telah dinaik taraf. Sebaik sahaja duduk, staf terus menyerahkan menu dan tablet untuk membuat pesanan.
Nak mengopi tapi tak jadi la..
Ambil Premium Tea Pot perisa Apple Rose Fruit Tea. Satu teko ni boleh kongsi minum dan boleh refill air panas jika dah habis. Minumlah ulang-ulang sampai kembung, hehe. Kami refill sekali sahaja. Syrup pun boleh refill ya. Jimatlah dari ambil kopi sorang satu.
Selain tu pesan jugak sepiring Golden Corn Ribs. Tapi jagung dia macam masih muda mentah.
Jempuit mamam!
Sambil borak, sambil makan sambil layan thread.
Kita pusing-pusing gambar. Spicy Chicken Floss Bun tu sedap jugak, pedas-pedas chicken floss tu. Yang anak-anak boleh ambil yang tak pedas.
Suruh Iman minum sambil posing.
Susah nak berlakon pulak dia kata.
Sedondon corak jaguarrr kat tudung dan phone casing.
Ngam sejam melepak di Manzanita, buat bayaran dan melangkah ke Restoran Yesss Yakiniku. Ni first time la kami ke Restoran Yakiniku. Sampai-sampai jer, nama pun dipanggil masuk.
Di Eco Botanic ni ada dua Restoran Yakiniku, yang kami pergi ni, Yesss Yakiniku (papantanda warna merah). Restoran Yakiniku bermaksud restoran "daging panggang" dalam bahasa Melayu. Ia merujuk kepada gaya barbeku Jepun di mana kepingan daging (seperti wagyu), makanan laut, dan sayur-sayuran dimasak sendiri oleh pelanggan di atas dapur bara api atau gas yang disediakan di meja makan.
YAKI - Panggang/ Bakar, NIKU - Daging
Ciri-ciri Utama:
Konsep DIY: Pelanggan memanggang makanan sendiri.
Sos Cicah: Daging yang dimasak biasanya dicicah ke dalam sos khas (tare) sebelum dimakan.
Asal-usul: Walaupun dianggap gaya Jepun, ia dipengaruhi oleh kaedah BBQ Korea.
Sebaik sahaja duduk, staf datang memberikan menu. Yang ni menu set ya, dalam setiap set tu diberi semangkuk nasi, sup miso dan kimchi untuk satu porsi. Kita pilih la nak lauk apa, dalam menu dinyatakan harga dan berat dengan jelas.
Selain menu set, ada jugak menu ala carte.
Kalau kena dengan bajet, bolehlah ambil A5 Wagyu.
Menu-menu lain.
Pesan guna apps selepas mengimbas QR Code yang diberi.
Pilihan Iman, Classic Beef Set. Set ini mengandungi 100 gram kepingan daging (karubi 50g + short ribs 50g) Yang dalam bekas biru tu lemak daging yang berfungsi sebagai butter.
Iman dan set pilihannya.
Sk pilih Seafood Set. Ia mengandungi 300 grams seafood ( 250g butterflied prawns + 50g baby octopus). Dua-dua set meals lengkap dengan nasi, miso soup dan kimchi. Kimchi dia fresh betul ya, miso soup pun sedap, rumpai laut fresh dan tidak hanyir langsung.
Berbaloi jugak la ambil set seafood ni.
Jom kita main panggang-panggang.
Selain tu mereka sediakan juga garam, blackpepper, bawang putih dan cili padi cincang, pelbagai sos dan sebagainya di atas meja, bolehlah nak tambah masin ke, pedas ke, ikut citarasa kita. Nanti kita repeat ajak PI. Iman kata, nanti kena order daging lebih sebab babah suka daging. Baiklahhhh!
Burpppp.. Alhamdulillah.






























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih