MAKAN DI RESTORAN SERAMBI UDA @ TMIYC MEDINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK beberapa minggu lepas, teringin sangat nak makan Laksa Johor di kedai. Buat sendiri tu memang tidak ler, bercinta. Benar ni, tak pandai dan tak pernah buat sendiri kuah LJ. Benda memang boleh buat sebenarnya sebab resipi LJ bersepah di internet kan. Kalau nak, boleh jer mintak Angah tolong buatkan, tapi tak mahu nak menyusahkan. Nak makannya sepinggan aje. Hari tu dah beli  Laksa Johor 100%  Ikan Parang, tapi tak puas sebab kena hidang sendiri, hihi. Jadi, Sk pergi Restoran Serambi Uda, Larkin. Guess what?? Dah tutup! Signboard pun tak ada, lalu mengadulah dengan PI. Sekali Iman cakap, Serambi Uda dah pindah kat TMYIC Medini. Alkisahnyaaaa.



Ni, padahal masa ni,.. ayam dah rendam ya, nak masak Ayam Balado tapi letak balik dalam chiller. Misi nak makan Laksa Johor harus diutamakan, hidup atau mati, hahaha. Sabtu lepas la ni ceritanya, 9 Mei 2026, kami tiga beranak ke Restoran Serambi Uda yang baru beroperasi di Tunku Mahkota Ismail Youth Club (TMIYC) Medini.


Orang buat muka sedih nak beli baju raya haji tak de siapa nak layan. Mana ada orang beli baju untuk raya haji? Kami dulu-dulu, baju raya puasa tu la pakai masa raya haji. Alasan dia, baju tu dah ada dalam gambar, hahahaha. Perempuan cam tu laaa! Hahaha.


Pesan Rojak Tauhu. PI suap jer ke mulut, dia kata, rasa belacan. Aaaa.. memanglah trademark Rojak Tauhu sini dia ada rasa belacan sikit. Tapi, Sk amati, tak kuat sangat la rasa belacannya masa kami makan sebelum ni di cawangan Larkin. Tapi tu la, komplen rasa belacan, tapi PI yang habiskan Rojak Tauhu ni sampai licin, hehehe.



Mee Thailand Soup kegemaran PI setiap kali makan di mana-mana adik-beradik restoran yang menggunakan dua nama lain iaitu Ebraheem Coffee dan Kueh Bakor. Tapi, ada juga cawangan yang tak ada menu mi wantan ni. Menurut PI, Mi Wantan ni masa mula-mula dulu dibuat oleh staf yang namanya Aisyah berasal dari Thailand. Menu ni kita boleh pilih la sama ada nak makan dengan mihun, mi kuning, kuey teow atau mi wantan. PI pilih mi wantan. Dia puna sedap tu, PI sampai angkat mangkuk nak hirup supnya tu haaaa.




Iman yang mulanya keliru nak makan Nasi Ayam atau Nasi Ayam Penyet, akhirnya pilih Ayam Penyet. Mintak sambal lebih, dia bagi extra semangkuk terus, puas la mencicah sambal. Sambal dia sedap tapi tak pedas sangat.



Akhirnya dapat jugaklah makan Laksa Johor Serambi Uda ni. Beberapa hari sebelum makan kat sini, sebenarnya Sk ada makan LJ di sebuah kopitiam, tapiiii... (tu nanti Sk cerita di lain entry). Laksa Johor di Serambi Uda ni rasa dia authentic LJ dulu-dulu ya, yang spaghettinya direbus sampai lembut (bukan al dente). Dia tak ada rasa kenyal-kenyal. Seingat Sk, kalau orang lama-lama ni, dia bukan guna spaghetti yang bungkus dalam plastik tu tau, tapi dalam kotak, tak ingat apa jenama spaghetti tu. Cuma condiments dekat sini dia tak potong halus sangat, nak cepat agaknya tapi masih boleh diterima oleh seorang Sk.



Sebab kami bertiga, bolehlah Sk tambah Cucur Udang. Kadang nak pesan banyak-banyak, takut tak habis kalau makan berdua ngan PI aje. Cucur udang ala Johor ni makan dengan sos cili yang pedas dan manis home made . Ia tak pekat macam dalam botol tu dan tidak cair, cukup untuk melekat pada tepung cucur yang rangup di laur dan gebu di dalam. Cucur udang tak scam la, memang ada udang. 



Puas hati betul hari tu dapat makan di Serambi Uda ni. Ialah, kalau masa cawangan di Larkin dulu, sekali jer dapat makan kat sana sebab susah nak dapat parkir. Tu la tu kat sana pelanggan tak ramai sebab parking tak ada, katanya dipenuhi dengan kereta pejuang SGD yang memparkir kereta di lot yang disediakan untuk pelanggan sehingga berhari-hari. Ini owner Serambi Uda tu yang cerita ya, kadang kereta yang sama parking berhampiran tu sampai seminggu sebab mereka tinggalkan kereta, naik bas di Larkin Sentral dan menyewa bilik di Sg.



Memang masih baru sangat pindah pada 2 Mei lalu, signboard pun belum pasang. Dekat sini barulah nampak ramai yang datang makan, nak parking pun senang. Jangan risau, tak jauh pun dari pusat bandar Johor Bahru, Tampoi dan Skudai. Kalau dari Iskandar Puteri, lagi la dekat.



Hidangan istimewa, masakan tradisi Johor. Jadi, kepada mereka yang ingin menikmati masakan tradisi Johor, bolehlah datang ke Serambi Uda ni. 



Burppp.. Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!