MASAK KARI TULANG & ZIARAH JENAZAH SUAMI KAWAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MASA balik dari Makan di Restoran Yesss Yakiniku, dapat notification whatsapp dari lady bos, group besar office. Berita kematian, suami kepada seorang staf yang merupakan pengajar kursus kulinari. Benarlah, mati tak memilih usia, muda atau tua, sakit atau sihat. Ceritanya, pada hari tersebut arwah demam sahaja. Petang tu, kawan Sk balik dari rumah bapa beliau, tengok suaminya tidur. Dikejut, tak bangun dan tak sedar, terus call ambulan. Staf perubatan sahkan suaminya sudah meninggal dunia. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Sedihnya, anak tunggal mereka baru darjah 4. Bila diingat-ingat itu usia adik bongsu Sk (Cik Ani) masa arwah abah meninggal dunia.



Baiklah, berbalik kepada tajuk, masak Kari Tulang ni pada hari Jumaat, 8 Mei 2026. Ops, 8 Mei tu Hari Jadi Cik Ani la, tadi Cik Ani cakap, Che Li buatkan Pulut Kuning masa hari jadi beliau. Kalau cakap awal-awal, boleh kawankan Pulut Kuning dengan Kari Tulang ni, ek.

Okey, cerita Kari Tulang ni, asalnya kita bukan nak masak dia. PI request Sambal Daging dan Daging Masak Kicap. Malam Jumaat tu, Sk selongkar laci freezer la, nak defrost siap-siap, terjumpa la tulang lembu dalam plastik. Ada catatan nama PI dan berat tulang 1kg. Ni mesti PI order dengan penjual daging lembu yang meniaga dalam taman setiap hujung minggu, lepas tu Sk lupa kewujudannya, heheheh.

Hurmm.. tak jadilah masak Sambal Daging tapi buat Kari Tulang. Ada jumpa daging sebungkus, dua pertiga Sk masuk dalam kari dan sepertiga lagi buat Daging Kicap favourite PI. Gambar Daging Kicap lupa pulak nak ambil.



PI beli kerang sikit. Aduhhh, naik hangin sikit. Kita dah penat-penat masak, dibawanya kerang pulak. PI kata, takpe, dia rebus sendiri.


Punca beli kerang, PI nak test alat pembuka kulit kerang ni, ha. Sabar aje laaa. Ni tuari PI nak beli COD kat fesbuk, harganya RM30 ya. Nasib baik dia cerita dengan Sk, terus Sk carikan di TT, baru RM4.50 free shipping. Tapi, tak feel la kopek kerang guna ni. Lain la kot kalau orang meniaga, nak kopek kerang berkilo-kilo.


Berbalik semula kisah sahabat kami yang kehilangan suami, dalam pukul 10 pagi semalam, kami pergi ziarah jenazah yang masa tu sedang menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail. SK tumpang naik van kolej la yang mudah.



Ramai ahli keluarga dan sahabat handai mereka suami isteri menunggu jenazah di Jabatan Perubatan Forensik ni. Tak lama kemudian, kami dibenarkan masuk untuk melihat jenazah yang baru selesai dibedah siasat. Jenazah dimandikan dan dikapankan di sini jugak sebelum dibawa ke surau di Taman Perumahan tempat mereka tinggal.



Rakan kami yang kehilangan suami, berbaju ungu. Tak layak rasanya nak menasihatkan beliau bersabar, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Lin kuat dengan perpisahan selamanya ini dan tabah membesarkan anak tunggal mereka yang masih di sekolah rendah. 



Lepas ziarah, kami ke Smart Pandan yang bersebelahan dengan hospital untuk makan tengahari. Nama jer bersebelahan tapi kena buat pusingan U untuk ke sini. Sk rasa dah bertahun-tahun tak ke sini, dah banyak penambahbaikan. Medan Selera banyak pilihan gerai nasi campur dan masakan goreng. Bilik air juga dinaik taraf macam tandas di lobi hotel ya.



Kami bertiga wanita pilih makan nasi campur. Tiga-tiga pulak tu pilih ikan keli sambal lado cuma sayur berbeza. Roza ambil sayur terung, Naza sayur bayam, Sk pilih terung dan pucuk manis, tapi ketiga-tiganya sama harga, RM12. Syukur, masih berpatutan lagi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!