MAKAN-MAKAN DI COOKIES & GINGER SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BOLEH tak nanti kita pergi makan birthday bonda hari selasa, sebab hari rabu tu ada bola? Tanya, PI. Eh, boleh jer. 25 tahun kahwin, Sk tak pernah cerewet nak sambut bila dan di mana. Tapi, ni Sk teringat, Iman sebelum ni beberapa kali mintak nak makan di Cookies & Ginger, jadi Sk mintak PI belanja kat C&G ni la. Yang penting, nak western food, almaklumlah, tekak omputehhhh. PI tanya lagi, tak nak seafood ke? Eh, padahal dia yang nak makan seafood tu, huhuhu.


Pakai jubah pemberian Angah yang dibeli dari Mekah Al-Mukarramah. Tapi, tudung sarung ala shawl baru beli kat TT. Iman kata, bonda macam ustazah. Aaa.. memang tak sesuai la muka Sk ni pakai tudung sarung. Macam muka tak siap, haha. Iman kata, bonda pakai sekali dengan shawl jubah tu lagi lawa, baiklahhhh!


Tobatlah, tak nak beli dah tudung sarung kat TT lagi, ada jer yang tak kena. Tapi, nanti beli lagi, hihi. Hurmmm... semalam jumpa Huda kat office PI, berulang kali dia tanya, akak sihat? Nanti jap lagi borak dia tanya lagi, terfikir, agaknya muka Sk ni macam tak sihat ke? Selepas sakit yang teruk tahun lepas, Huda kata, dia sangat menghargai sihat, sebab dah tahu macam mana rasa kalau sakit tu, sampai tak boleh bangun, makan pun semua keluar balik. Jadi, kalau umur panjang tapi tak sihat pun payah juga. Semoga pembaca blog Sk dikurniakan kesihatan dan sejahtera selalu, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Macam selalu, la.. kalau bawa anak, tugas membuat pesanan makanan kita guna hp dia ajelah. Sekarang ni kebanyakan restoran menggunakan sistem pesanan melalui aplikasi restoran yang diimbas melalui QR Code. Datang sebelum ni C&G bagi juga buku menu yang besar tu, kan.. ni dah tak bagi, jadi masing-masing kena tengok menu pada handphone jer, kecik, tak puas. Oh, Iman pun pakai jubah yang Angah bagi jugak malam tu, terkejut tengok dia masuk bilik Sk dengan memakai jubah tu, tak sangka pulak dua-dua kepala terasa nak pakai jubah malam tu. Ialah, tempat cantik dan hari istimewa, kenalah pakai lawa sikit, hihi.


Dua beranak ni tak habis-habis berbincang tentang hala tuju Iman lepas menamatkan internship pada bulan Jun akan datang, insyaAllah. Bagi Sk, ikut aje flow, tak kisahlah nak kerja kat mana, tapi PI ni lain sikit. Stress budak tu sampai, hahaha. Tapi, tak sabar jugak ni nak tunggu dia kerja, ringanlah bahu sikit nanti, kan.. insyaAllah.


Cepat betul minuman sampai kali ni, agaknya tak ramai pelanggan. Bezalah jika datang weekend, restoran penuh, kebanyakannya warga Singapura yang datang JJCM ke Johor. C&G ni juga tak silap Sk dimiliki warga SG jugak.


Dalam masa tiga minit, tiba-tiba semua ni dah sampai ke meja ya. Kanan sekali, English Breakfast Hot Tea dan yang dalam pinggan pink tu, Nachos. Untuk menu Nachos ni ada dua pilihan iaitu nachos atau nachos el grande. Yang ni kami pilih nachos al grande, ia datang bersama lauk yang dalam pinggan biru tu iaitu Tex-Mex Chili and Beef. Tex-Mex tu Sk agak cara masakan Texas dan Mexico, jadi ianya adalah daging cincang yang dimasak menggunakan cara tersebut. Ia berempah dan pedas sedikit, sedap bila digandingkan dengan nachos. Tapi, nachos tu, makan begitu saja pun masih sedap. Yang dalam piring coklat tu roti bawang putih percuma. Yang dalam botol, syrup (gula cair).


Selain nachos, PI jugak pilih Mushroom Soup sebagai pembuka selera. Mushroom Soup datang bersama setengah keping croisant dan mentega. Mushroom soup dibuat segar setiap hari, menggunakan cendawan shitake, snow dan oyster. Bagi Sk, rasa dia biasa aje, tak rasa cendawan yang rich tapi croissant tu memang gebu berlemak, nak nak lagi bila kita selet dengan mentega tu. Tak nampak pulak menteganya dalam gambar ni ek.


BBQ Beef Steak pilihan PI dihidang, eh, laju betul ni. Yang kelakar, semua PI punya sampai dulu. Steak tu bahagian tenderloin dan pilih masak secara medium rare, sangat sedap dan juicy, lembut sungguuuuuhhh laaa dagingnya tu bila dikunyah.

Tenderloin atau lebih dikenali sebagai daging batang pinang dalam bahasa Melayu, adalah bahagian daging lembu yang terletak di bahagian tengah badan, di sepanjang tulang belakang. Ia berada di bahagian dalam tulang rusuk (short loin), terletak di antara bahu dan tulang pinggul. Ini adalah bahagian yang paling lembut pada lembu kerana otot-otot di kawasan ini jarang digunakan untuk bekerja. Ia merupakan bahagian yang paling sedikit lemaknya berbanding bahagian lain. Tenderloin sangat popular untuk masakan steak seperti filet mignon atau chateaubriand. Ia juga sesuai untuk rendang, kari dan sate kerana teksturnya yang lembut. Harganya juga yang paling mahal kerana jumlahnya sedikit pada seekor lembu. Sumber.



Iman nak makan Quesadilla. Dah lama nak makan, dia kata. Dia kata, nak makan sorang-sorang. Eh.. boleh., makanlah, nak. Quesadilla ni besar, saiz 10", jadi, walaupun dah potong, setiap bahagian tu masih besar. Padat pulak intinya dengan kepingan daging, bukan daging kisar. Ia dimasak berempah dan spicy, memang sedap makan panas-panas sebab ada keju, kan. Yang kata nak makan semua ni, makannya dua keping jer, yang lain bungkus, hihi.


Sk makan Aglio Olio Spaghetti. Ia datang bersama cendawan spicy crispy dan sos cicah. Eh, takkan simple sangat menu birthday girl ek???


Tak mungkin, laaa, haha. Sk pesan Beef Lasagna jugak, hihi. Lasagna dia sedap, 10/10. Ni kongsi makan la dengan Iman, tu yang dia tak habis makan quesadilla tu, sebab  lasagna ni pun sharing portion ni. PI pulak tak minat lasagna.


Sk agak, staf C&G ni dah biasa dah pelanggan makan tak habis dan mintak tapau. Portion makanan dia memang besar dan patut berkongsi sebenarnya. 



Terang betul cahaya kat meja ni. Marilah ucapkan ucapan hari jadi yang paling kreatif untuk Sk, mana tahu terbuka hati dan pintu rezeki nak bagi hadiah untuk ucapan hari lahir paling syahdu dan menyentuh jiwa, kan kan. Mari, lahhhh!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!