Assalamualaikum WBT
SELAMAT kembali bekerja di hari isnin. Pagi ni clock in jam 7.50am, lewat 10 minit dari hari-hari sebelum ini. Puncanya, tak tahu apa punca, beratur panjang di semua 5 lorong Plaza Tol Perling, pagi tadi. Dekat situ jer dah buang masa, masuk jalan Tampoi pun panjang jugak jemnya nak sampai ke persimpangan lampu isyarat BBU tu. Hurmmm.. bertabah sajalah, nak marah tapi tak boleh, heheheh.
Macam minggu lepas, minggu ini tak ada jemputan kahwin atau makan kenduri. Kenalah turunkan periuk kuali yang ada. Hari sabtu, Sk masak Sambal Udang Petai, malamnya masak Nasi Goreng Sambal Belacan guna baki sambal belacan masa makan di Warung Pokok Ceri serta panaskan baki Sup Tulang Siam. Tak ingat la hari sabtu tu masak apa untuk sarapan, adeh, padahal baru dua hari lepas. Malam tadi goreng pisang dan rebus kerang jer untuk makan malam. Pisang dan kerang PI beli kat Pasar Tani, pagi tu.
Macam biasa la, PI balik dengan riang rianya dari pasar tani sambil menjinjing beg plastik berisi ayam seekor, kerang sebungkus, daun salad, cili hidup, tomato dan timun serta daun sup dan daun bawang. Di samping tu ada roti canai untuk sarapan. PI kata, petang, masak nasi ayam.
Sebenarnya sejak minggu lepas Iman menyebut-nyebut mintak masakkan nasi ayam. Tapi, stok ayam dalam esbox tak cukup, lepas tu asyik tak sempat jer nak beli ayam lain. Biasa kalau masak nasi ayam, kena Sk rebus 3/4 ekor ayam. Ayam seekor tu potong empat, Sk akan masak dua bahagian peha dan satu bahagian dada dan kepak tu. Lagi satu bahagian kepak/dada, simpan beku.

Masak nasi ayam ni nampak macam mudah tapi banyak langkah. Mana mahunya PI beli ayam panggang siap-siap dari Baker's Cottage tu. Semua kena masak dari A sampai Z.
Resipi Nasi Ayam Sk
Bahan-bahan:
A
Seekor ayam dipotong 4
3" halia
Air secukupnya untuk merebus
(Didihkan air, apabila dah mendidih, masukkan ayam. Rebus ayam 20 minit atau hingga empuk. Nak tahu dah empuk ke tidak, cucuk guna chopsticks, tapi 20 minit tu biasanya dah cukup empuk).
Keluarkan ayam masuk dalam air berais untuk hentikan proses memasak. Boleh skip step ini jika malas, hehehe.
B
Sediakan ayam dan buat kicap ayam
Bahannya:
5 tbs soy sauce (kicap cair)
2 tbs kicap pekat
2 tbs madu
1 tbs minyak bijan
(Kacau sebati semua bahan)
Caranya: Masukkan ayam dalam bekas dan tuang rata bahan sos pada ayam. Tutup bekas, ketepikan.
Nasi dimasak bersama air rebusan ayam ikut sukatan sama macam nasi biasa.
Sambal atau Sos Nasi Ayam ni kena buat banyak. Bagi yang kurang makan sos, boleh kurangkan sukatan.
Sos Nasi Ayam
Bahan-bahan:
11 tangkai cili merah hidup (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
1" halia (kisar halus)
Air secukupnya untuk mengisar cili, bawang dan halia
2 senduk kecil jus limau nipis
2 1/2 tbs gula
Garam secukupnya
Cara :
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk, masak hingga mendidih, tambah air jika perlu.
2. Masukkan garam, gula dan jus limau. Rasa cukup masam, manis dan masin (jangan rasa masin sangat).
3. Renihkan sehingga sedikit pekat, tutup api.
Sk dah siap masak semua, suruh Iman siapkan konco-konco nasi ayam iaitu salad, timun dan tomato, susun terus dalam pinggan. Sampai dapur, tengok eh, rajin pulak dia keluarkan pinggan kaca jernih dari almari. Sk terus keluarkan saprah untuk alas meja, nampaklah elok sikit sebab bila guna pinggan kaca, boleh tembus nampak meja, hihi. Untuk Iman, ayam dia kena goreng.
Dah habis makan, sajalah hirup sup, aikkk.. tawar hebehhhh. Baru teringat lupa letak garam, hahahaha. PI tak komplen pulak, mungkin dia tak perasan sebab dia tuang kuah kicap ayam dan sambal dalam sup dia.
Kali ni, Sk rajin tumis bawang, halia dan rempah empat sekawan bersama mentega untuk masak nasi ayam. Selalu tu kan, pakai lebur aje terus dalam periuk dengan air rebusan ayam. Masing-masing siap bertambah, aaa.. barulah rasa berbaloi memasak, betul tak? Aaa.. ni selit sikit, gambar bekal sarapan Sk pagi ni, baki nasi goreng bergabung dengan baki ayam dari nasi ayam. Macam tu la, pagi-pagi kena cargas panaskan makanan left over dari esbox supaya tidak berlaku pembaziran. Membazir tu amalan????
Ya... Betullll la tu jawapannya..
kalo masak nasi ayam di hari minggu mmg menu lunch smp ke dinner...yummyyy...kt umh ni part peha rmi berebut
ReplyDeleteSolehah sungguh SK! Masak nasi ayam dari A sampai Z. Mesti senyum manjang ni PI dijamu hasil air tangan SK.
ReplyDeleteharga nasi ayam yang ni mesti lebih RM26 sebab nak kena rendam dalam ais...
ReplyDeletebetul kak nak buat renyahnya kan,nasib baik la 2orang ahli dalam rumah ni tak berapa minat nasi ayam..kalau saya teringin sangat beli je sebungkus
Tak pernah jemu la dgn nasi ayam ni 😋 Ingat nak buat juga nasi ayam semalam tapi tukar plan sbb ada urusan di luar.
ReplyDeletePH pun pergi pasar Ahad lepas jumpa kerang cantik, beli la sekilo. Makan berdua dgn Kakak, puashati betul sbb isinya besar².
Biasanya Isnin memang akan jem daripada biasa. Dan Jumaat pun akan jem juga. huhu..Nak tak nak kena hadap jugalah kan. Kemain siap keluarkan saprah lagi tu. Aduh, kelakar lak boleh lupa letak garam ye. Saya pun geng Iman suka makan ayam yang bergoreng. Kalau style Hainan macam kurang sikit tapi kalau sedap OK je makan. Masak sendiri puas hati. Nampak macam mudah masak nasi ayam ni tapi rasa macam leceh juga kadang.
ReplyDeleteLama tak masak nasi ayam. Terlalu ramai orang jual nasi ayam kat sini 😅. Jadinya beli saja la. Tak sama kan yang kita buat sendiri dengan beli ni. Rasa sedap masakan sendiri.
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam...SA suka buat nasi ayam tapi ayam kena buat 2 style..steam chicken dan jugak goreng...lepas tu kena beli ayam whole leg je..kalau ada part dging confirm x laku...
ReplyDeletesama menu kita weekend lepas...cuma cerita ammi belum masuk blog lagi.
ReplyDeleteBetuuuul lah kak, nasi ayam ini mudah, tp step nya banyaaaak betul. Untuk saya yg memang tak suka lama2 di dapur, lebih memilih utk beli saja 😅😅. JD kalau masak saya memang selalu pilih menu simple dan cepat
ReplyDelete