MASAK KARI DAGING PADA HARI CUTI SAKIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


SURATAN atau kebetulan, dua kali kena kepala pusing selepas tulis di blog pasal kipas. Yang pertama dapat kipas acara cabutan bertuah yang kedua beli kipas di Harvey Norman. Nak lagi jadi suratan atau kebetulannya, dua-dua kali lepas baik sakit kepala, dia boleh masak Kari Daging pulak ya.

Boleh baca

SPINNING GASING

Sebelum tu, Sk ada blog Hari Staf di KSL, Sk menang Top 10 hadiah bertuah, Kipas Turbo. 


Kebetulannya, Sk ada stok daging kurban pemberian dari individu dan syarikat, tu la tu Sk masak Kari Daging ni. Yang ni daging pemberian dari kawan sekuliah Iman, Azi, yang tinggal di Nong Chik. Terima kasih, Azi, selamat dah daging kurban awak, bonda masak kari. Tapi ada sikit lagi la simpan, banyak tu sekilo daging Azi bagi.


Resipi Kari Daging Sk (Guna Pressure Cooker Noxxa)

500 gm daging lembu, potong kiub
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dipecahkan sahaja
1" halia
Rempah tumis empat sekawan
2 tangkai daun kari
4 tbs rempah kari daging
1 tbs serbuk cili
2 cawan air
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah dua
5 tangkai cili padi

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.

2. Masukkan rempah tumis empat sekawan dan daun kari, kacau sekejap.

3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili serta sedikit air cukup untuk melarutkan rempah. Kacau rata dan biar terbit minyak.

4. Tambah air, kacau dan biar sekejap hingga terbit minyak. Ulang beberapa kali.

5. Masukkan daging dan kentang, ratakan dengan rempah.

6. Pindahkan ke dalam pressure cooker. Set HP 50. Tambah air sedikit.

7. Bila selesai, tukar fungsi HP ke stir fry. Masukkan garam, ajinomoto, cili padi dan tomato. Biar merenih sekejap kemudian matikan suis.




Dah ada kari, kena ada jugak masak kicap.

Yang ni hiris daging nipis, kemudian gaul dengan kicap manis. Dah nak makan baru goreng. Panaskan minyak, goreng dan masak hingga daging sedikit empuk, masukkan 1/4 bawang besar dipotong bulat. Renihkan hingga bawang layu, siappp!!



Dua lauk ni kena bergabung ya.



Makan tiga beranak. Alas meja tu kain batik pemberian Kak Amie beli dari Sarawak. Agaknya ni la mambang buat Sk rajin masak, hahahaha. Dia kirim guna kain rupanya 🤣🤣🤣.
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haishh kipas ni, buat orang pening je kan. Kebetulan sungguh. Dalm pening sempat masak kari daging pulak tu. Hebat betul. Oo macam tu ye. Kalau ada kari mesti ada kicap. Kalau salah satu takde, kira tak lengkap lah hidangan hari tu. Kalau macam tu nak guna jugalah kain batik tu, kot ada mambang rajin jugak ke. hihi...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu daging. Memang menjadi mambang kiriman dari Sabah tu 😁

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaa...mambang rajin dia dh sampai ...sedap betul nampak kari daging tu...

    ReplyDelete
  4. lain macam ye hadiah kak Amie... dia bukan kirim kain je, dengan rajin sekali dia kirim. Bagus bagus.

    Check BP tak tu lepas kena spinning gasing? Haritu masa ammi kena vertigo rupanya itu tanda2 high BP. Sekarng pusing kepala sebab low HB pulak. Aishhh

    ReplyDelete
  5. Adeh ayat last tu 😂
    Tak reti la nak goreng daging macam SK ni. Selalu keras & liat je daging goreng kita :(

    ReplyDelete
  6. Dalam tak sihat pun, jadi dua lauk. 😋 Lawa alas meja dia...

    ReplyDelete
  7. tak sihat pun gigih masak ye kak... hebat ni.. kalau sy mmg dah melepek je.hehe

    ReplyDelete
  8. walaupun sakit kepala bole masak lg tu...kita kalo sakit kepala..mmg tkleh bgn...kena tido lps mkn ubat

    ReplyDelete
  9. Kita sejak guna tips rebus daging 5-30-7 tu lama tak guna Noxxa..
    Tapi Noxxa juga senang cepat empukkk hahaha..
    Kari akak menarikk betul cecah roti jala sedap tuuuuu

    ReplyDelete
  10. Saya masih ada 1 bungkus besar bumbu kari Faiza dari uncle gedek. Nanti nak buat kari pakai itu, ikut steps yg kakak bagi nih. 😍😍. Semua bahan ada.

    Lagi sakit kepala pun kakak tetap masak yaa. Hebat lah. Kalau saya dah pesan online langsung hahahah 🤣. Cari kesempatan tak masak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!