JALAN-JALAN DI HARI CUTI PERISTIWA SEMPENA PRN NEGERI JOHOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor. Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16. 


Sempena itu, pagi semalam Sk gantung periuk, senduk, sudip dan cerek, kami tiga beranak ke Kluang Rail Coffee yang membuka cawangan baharu di Jalan Terminal 2, Senai Centrepoint berhadapan dengan Lapangan Terbang Senai untuk bersarapan.


Kluang Rail Coffee ni memulakan perniagaan mereka sejak tahun 1938 iaitu sebelum merdeka. Tak pastilah dah generasi ke berapa yang mengembangkan empayar perniagaan ini dan cawangan Senai ni cawangan ke berapa pun malas nak ulangkaji, hihihi. Baguslah ada banyak cawangan, dulu kalau teringin terpaksa pergi sampai ke Kluang.


Sebaik sahaja duduk, staf datang menghantar menu bersama order chit. Catat nombor kod makanan dan minuman kemudian tekan buzzer dimeja.


Staf akan hantar pengesahan pesanan, boleh semak yang mana tak ada.


Selalu Sk minum kopi panas tapi tekak rasa nak minum Barli Sejuk. Passion Fruit untuk Iman dan PI minum Kopi Ais.


PI makan Wantan Mee. Sk tentulah memilih Lontong. Sebenarnya sebelum tu rasa nak makan Lontong di Klasik Kopitiam tapi tiber melencong ke Senai. Kuah lontong cair ala-ala lontong kampung, tapi sedap aje la, taklah rasa air paip. Sambal pun sedap, ada sedikit sambal kacang. Cuma saiz potongan sayur tak consistent ada yang terlalu besar.


Iman makan Kuey Teow Goreng.


Roti Bakar Bun dan Roti Bakar Keping tentulah kena ada bila makan di kopitiam.


Dari Senai, Iman ajak jalan-jalan ke Aeon Tebrau, entah apa nak dicarinya di Tsatuya.


Tu haaaa.. benda yang dicari, kemahen gumbira ria.


Sebelum balik, kami ke Medan Selera Jalan Biru, Taman Pelangi, makan di Champamu.


Pesan Ketiu Sup Daging Champa seorang semangkuk. Sedap, sambal dia kick! Daging pun banyak. Mi dia dipanggil ketiu, jenis kueyteow yang kecil macam mi kasar.


Popiah Ayam Goreng Champa, satu set RM10/4pcs. Pun sedap. Murahlah, makan macam ni baru RM40, kalau makan kat Aeon, mahunya dapat RM40, silap-silap RM140, huhu.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita dah 2x makan lontong di kluang railcoffee ni kak tapi tak konsisten, sekali tu elok sedap, keduanya cair ya amatt.. kalau konsisten makan di Tea Garden aja okkk tapi okaylah nampak rupe lontongnya heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!