MAKAN DI RESTORAN WOODFIRE SEMPENA HARI JADI IZZAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


LAT dua hari selepas hari jadi Angah ialah hari jadi Izzat. Tapi, selalu jugak keliru tarikh sebenar hari jadi Izzat, 25 atau 26, sebab keliru jugak dengan tarikh hari jadi Ilham. Dia ingat yang bulannya, tarikh tu la yang mengelirukan. Sekarang dah tak keliru, Ilham, 26/5, Izzat, 25/6. Macam tarikh hari jadi Zulaikha, SK selalu ingat 6/7, padahal yang betul, 7/6. Ampunnnn, hahaha. Tarikh hari jadi Indah lagilah jauh, dah masuk bulan 8, baru nak lahir, hihihi. 




Sempena hari jadi Izzat tahun ni, ibunya jemput makan-makan di RESTORAN WOODFIRE cawangan Bukit Indah. Tapi, rupanya cawangan tu tak buka. Tak tahulah sama ada tak buka lagi atau berpindah, papan tandanya ada jer lagi. Jadinya, kami ke cawangan restoran di Stadium Sultan Ibrahim. 



Selamat hari lahir, Izzat Iskandar.
Semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan dan detik-detik yang paling menggembirakan. Semoga berjaya dalam bidang pekerjaan yang direzekikan buatmu oleh Allah swt, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Tahun ni tak kongsi kek, yey!!
Kek Red Velvet dari Baker's Cottage ni sedap ya. Mula Sk nak jamah sikit jer, eh, habis pulak sepotong!



Yang paling bermakna dalam hidup ni ialah apabila kita masih dapat meraikan hari lahir dalam family yang lengkap, Alhamdulillah.


Meriah giler la sambut birthday kat Stadium Sultan Ibrahim yang masyhur ni.



Bonda dan Yaya tumpang sekaki la. 



Dua beradik yang dibesarkan nenek dari baby. Dah tadika terpaksa bawa haluan sendiri tapi masih rapat. Untung tau ada sepupu yang rapat dari kecik, boleh kongsi macam-macam rahsia.



Dengan family Cik Ani.




Gambar tiga beradik pulak, lampu background tu memang tukar-tukar la ya di Stadium JDT ni.


5 beradik, kata Jaika.

Jap.. mana gambar makan-makannya, Sk uiiii??? 

Eh.. Ada.. ada..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v




Smoked Chicken untuk Jaika. Ia datang bersama Curly Fries dan dua sos.


Jaika sedang menikmati makanan pilihannya.



Ilham pesan Smoked Brisket Angus Steak (tak ada gambar pulak), lepas tu dia tak kenyang, dia order pulak Smoked Lamb Ribs ni, hahaha.



Smoked Lamb Ribs ni datang dengan Curly Fries dan dua sos jugak. Sedap la, kambing kannn.


Kami pesan 10 biji burger iaitu


BBQ BURGER BEEF, Sk dan PI
GOURMET BURGER - Iman
SMOKED BURGER - Che Li, Cik Ani, Angah
DOUBLE PATTY - Abang Jem
BRISKET BURGER - Indah

Izzat tak tahu la dia makan burger apa, sama cam Indah kot, lepas tu ada sebiji lagi extra, Iman minta bawa balik sebab takde siapa makan, heheh. Lepas tu, korang mesti faham-faham la apa jadik dengan burger extra tu, huhu.

Order Fries dan Curly Fries tapi cashier cakap, semua fries dorang curly fries, tak ada yang rebonding.

🤣🤣🤣🤣



Minuman macam-macam la, memasing kemahen ek lupa diri terus

Chocolate Shakes - PI
Butter Soda - Iman
Zapple - Sk
Oreo Shakes - Jaika
Strawberry Shakes - Che Li
A&W Rutbir - Cik Ani, Angah, Indah, Izzat, Abang Jem 
3 Mineral  Water.. aa.. gambar mineral water jer la ada.


Abang Jem suka la tu makan burger sebab dia penggemar burger. Kadang keluar makan kalau ada menu burger, beliau mesti pilih 👍👍👍👍👍


Dekat sini mereka sediakan sarung tangan plastik bagi mereka yang tak nak berlemoihhh tangan.


Tq Izzat, dapat bonda makan burger woodfire, lama giler tak makan burger mahal tingkat-tingkat.


Muka orang yang bawa balik burger tapi akhirnyaaaaa...


Bonda jugak yang kena buat kerja-kerja pelupusan, huwa huwa huwa huwaaaaa. SK bawa ke office laaa.. 



Eh, tertinggal pulak gambar makan ramai-ramai ni, malas nak naikkan semula ke atas. Ni dengarnya nanti Cikwa balik ngundi, nak merepeat, betul ke, Ngahhhh??? Hahahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat menyambut hari kelahiran.

    ReplyDelete
  2. kami petang semalam try makan angus steak woodfire yang digembar-gemburkan GenZ di threads...makcik pakcik fomo hahaha
    happy belated birthday izzat..26 dah izzat ye tak lama lagi dapat menantu la Angah
    moga yang baik2 semuanya

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah Izzat 🎈
    Agaknya SK yg kena makan burger tu hihi... Kita ni sayangkan makanan, gitulah kan.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Izzat! Seronoknya diraikan dengan keluarga ramai-ramai. Iman dah nampak makin susut. Kita baru cerita pasal woodfire, datang sini woodfire juga. hihi..kek RV tu boleh tahan sedap juga.

    ReplyDelete
  5. Lawa venue sambut hari lahir. Seronok, dapat raikan harijadi dengan keluarga tersayang. Sedap-sedap tengok makanan.

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah Izzat. Moga sentiasa sihat dan berbahagia bersama family. Semakin handsome juga ye..

    ReplyDelete
  7. Kemarin tuh teringiiiin sangat nak coba woodfire. Tp tak sempat Krn padat acara. Trus baru tahu di JKT ada cabangnya, hanya saja jauuuuuh dr rumah saya 😂😂. Jadi sampai skr pun blm coba lagi.

    Kalau lihat size memang besar sangat ya kak. Makan 1 kenyang seharian saya rasa 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!