MAKAN SHELL OUT DI HARI JADI ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 




ALLAH selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Ibrazarina
Allah selamatkan kamu

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia
serta mulia
serta muliaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


23 Jun lepas, kakak Sk, Angah menyambut hari lahirnya yang ke 52. Geng lahir tahun 1974, ada ke kat sini? 


Jarak umur Sk dan Angah, cuma setahun. Ni gambar Sk dalam pangkuan ibu masa dalam hari. Angah yang duduk atas riba abah.


Kami membesar bersama Along (kanan sekali). Sk ingat lagi, Along suapkan nasi lauk kicap kat kami. Nanti Sk dan Angah lari-lari keliling ruang tamu konon-konon main hujan-hujan, lepas tu bergilir-gilir makan nasi yang Along suap. Ibu macam biasa, busy buat macam-macam, hehehe. Gambar di atas ni masa datang birthday party anak jiran tak silap.


Pada usia Sk 5 tahun, barulah dapat adik (Cikwa). Itulah orang suka gelar Sk anak busuk (bongsu tak jadi). Dulu-dulu kecik hati jugak bila disebut anak busuk, huhu. Gambar, dari kiri, Angah, abah, Cikwa (atas riba abah), Pak Besar (abang abah) dan Sk. Terima kasih sepupu Sk yang tolong gilap semula gambar 44 tahun lepas ni. Masa ni buat makan-makan Hari Jadi Along. Sk ingat lagi, ibu buat kek, lepas tu abah hantar kedai kek cina minta lepakan dengan aising. Masa tu, mana ada kedai kek melayu, kan. Itulah satu-satunya sambutan hari jadi yang Sk ingat family kami pernah buat sepanjang kami membesar. 

Jap... ni dah jadi entri nostalgia ke apa ni, Sk??? Hahaha.



Kembali ke pangkal jalan la ya.. Angah ajak datang makan. Tak menanya Angahnya nak masak apa. Rupanya Angah masak Shell Out. Memang selalu jugak la kalau ada makan-makan, ini antara menu selamat. Antara haiwan dalam Shell Out Angah ialah udang, ketam, kupang, kepah, kerang dan lala.


Brokoli ni celur dalam air mendidih jer. Hurmmm.. macam mana boleh sesat sekor kerang kat situ???


Ada haiwan darat jugak iaitu ayam goreng.


Sawi bulat masak air. Sebenarnya Sk tak tahu ni sayur apa, hahaha.


Sk bawa Brownies beli dari Oh My Cakes.


Angah dan keluarganya. Indah tengah cuti sem sampai awal bulan Julai.


Nak dengar cerita tak, masa Iman kecik-kecik, dia cakap macam ni dengan Angah, "Ibu, Yaya dah tahu, Yaya ni anak angkat," berderau darah Sk, terbeliak mata Angah dengar Iman cakap macam tu. Dalam hati Sk, siapa pulak yang buat cerita dia anak angkat ni?? Lepas tu, Angah tanya la, anak angkat siapa? Iman jawab, "Yaya ni anak angkat ibu, anak kandung bonda," wehhhh.. saspens giler, hahahaha.



Semua anak-anak memang panggil Angah, ibu. Along - mama, Sk - bonda. Lepas ni kena panggil Cik Ani -mamak la, baru aci.


Imam Al-Ghazali ada menyebut antara sebab kita mempunyai adik-beradik:

- Untuk memecah kesunyian
- Untuk saling membantu antara satu sama lain
- Untuk mendoakan ibu bapa di dunia dan alam akhirat.



Izzat ajak makan curah atas meja mengikut trend shell out. Kami  gen X, tak reti.. makan ceduk-ceduk dalam pinggan masing-masing la.



Gen Z, hehehe. Terselit gen millenial kat situ.




Angah masak nasi banyak sangat, Sk bawa balik satu tipuware, esok malamnya buat nasi goreng untuk dinner.


Yang nampak dua ketul tu, daging kambing dari bahagian rusuk. Rusuk kambing buat panggang, tu nanti Sk cerita. Sedap ya nasi goreng letak kambing, licin tiga beranak makan. 


Lemak kambing cair di mulut. Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!