MAKAN DI YEO SEAFOOD RESTAURANT YANG BAHARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 



SETELAH beberapa lama menutup operasi perniagaan, Yeo Seafood Restaurant atau dulunya dikenali sebagai Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga, membuka kembali perniagaan mereka di simpang masuk restoran mereka yang lama. Ini pertama kali kami sampai ke restoran mereka yang baru ni. Itupun tak ada dalam rancangan, PI cakap nak makan seafood, dia lapar nasi. Pada mulanya kami nak ke Restoran YX, tetiba teringat Restoran Yeo ni dengarnya dah buka, Sk cari nombor telefon dulu la tapi, tak yakin nak main terjah, hehehe.


Ni gambar jalan masuk ke restoran lama dulu. Iman kata, bagus jugak dah buka kedai baru, tak payah lagi lalu jambatan neraka ni, hahaha. Ialah, kami kan selalu pergi malam, dekat tepi-tepi ni selalu ada cicak besar-besar. Kiri-kanan pulak pokok bakau.


Kenangan makan malam di Restoran Yeo masa sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Muda lagi ek masa ni, belum 40 tahun, huhuhu.


Masa ni Iman baru 9 tahun. Kalau nak makan seafood, memang ke sini la kami.


Selit sikit kisah siang sehari sebelum mengundi, Iman ada taklimat di Pusat Mengundi SMK Taman Mutiara Rini 2. Ni kali ke 2 Iman bertugas di PM. Kali ni dah naik pangkat, jadi kerani, hihihi. Dulu jadi penunjuk arah. Pagi tu, kemas-kemas tempat mengundi, rehat panjang sebab Jumaat, kan. Dia ajak Sk makan di Aeon Taman U sebelum sesi taklimat petang.



Okey, balik semula kisah makan di Restoran Yeo, menu wajib kami, Cakueh Mayonese (S), RM16.

Macam lain sikit rasa dia, tak sesedap dulu tapi bukanlah tak sedap.


Baby Kailan goreng Sos Tiram (S), RM13

Macam kureng jugak ni, dulu lain.


Hotplate Beancurd (S), RM16



Lala Sambal (S), RM22



Sotong Telur Masin (S), RM25



Chicken Lemon (M), RM18



Siakap Steam Lemon (RM36)

Semua masakannya sedap aje cuma macam lain sikit la rasa dan cara masakan mereka kali ni. Mungkin bukan tukang masak lama. Pekerja-pekerjanya pun dah tak nampak yang lama kecuali kakak cashier yang merupakan anak tauke Yeo. Kakak tu pun masih ingat kami, ialah, berpuluh tahun kan jadi pelanggan kat sini. Syukur dapat kita bertemu kembali.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!