MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, July 3, 2010

MAKAN UNTUK HIDUP

ASSALAMUALAIKUM..

MESTI banyak rumah yang masih terang-benderang walaupun dah jam 2.15 pagi sekarang kan. Maklumlah demam 'world cup' semakin membahang. Saya yang tak minat bola ni pun terkena jugak tempiasnya kerana bertemu jodoh dengan kaki bola.. hehe.

Lama tak ber'online', seperti terputus hubungan dengan teman siber. Bukan langsung tak membuka internet, tetapi cuma sekejapan sahaja. Di facebook saya turut ketinggalan status kawan-kawan dan alangkah terperanjatnya saya dengan situasi yang sedang menimpa Siti Rahayu Abd Rahman ~ Citarasa Rinduan sekarang. Tiada apa yang mampu saya sumbangkan selain mengutus doa semoga suami Ayu cepat sembuh. Sehingga kini saya sebenarnya masih belum jelas dan terpinga-pinga apakah yang menimpa En Zalie sebenarnya tapi saya mendoakan semoga Ayu dilimpahkan rahmat dan diberikan kesabaran yang tinggi dari Allah swt.

Saya sendiri pernah mengalami pengalaman seperti Ayu apabila suami saya ditimpa sakit yang agak teruk pada akhir tahun 2003. Masa tu Yaya baru saja berusia 2 tahun lebih seperti Umai sekaranglah. Alhamdulillah, suami saya sembuh berkat doa dari seluruh keluarga dan nikmat kesihatan tu amatlah tidak ternilai harganya.

Lama tak meng'entri' banyak juga acara makan-makan yang tertunggak. Tak terdaya rasanya nak memasukkan resepi jadi kita layan gambar jerlah..


jala lempeng.. untuk sarapan.. hehe, taklah boring sangat menengok ropenye.. kui.. kui..


hubby dah pandai makan ikan talapia... ni masak goreng berlado


asam pedas ikan aji.... yang ni masak atas permintaan hubby


jus buah naga... power


masale vadei... untuk minum petang.. krup krap krup krap...


yang ni nasi lemak daun pisang, makan di medan ikan bakar yang 'femes' di PD


coconut shake @ kelebang no 1

selamat menjamu selero (mato) yo

3 comments:

  1. salam pagi sabtu kak..rindu la kat akak....lama tak baca cerita2 akak,wah, banyaknya menu, mas paling suka air coconut shake, sedapnya.....

    ReplyDelete
  2. mak aii...byknya menu!! sedap2 pulak tu!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...