MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, July 19, 2010

PENTINGNYA WANITA DI SISI LELAKI

ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM pagi Isnin. Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang dah bertahun-tahun disimpan yang saya salin dari majalah wanita. Semoga dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada kita semua dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah ini, insyaAllah.

JANGANKAN lelaki biasa , Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun segala-galanya sudah ada. Apalagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin mampu meluruskan mereka kerana tidak logiklah kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah kerana diciptakan begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan-Nya: ‘ Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita’.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal yang setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hatinya separuh kaca, kuatkan dengan iman, perasaan yang selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri ataupun woman gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki pelbagai wajah : negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

“Lebih banyak lelaki yang dirosakkan perempuan daripada perempuan yang telah dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki”.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan, mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini, bukan sahaja banyak bos kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....